Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dél.ta] | ديلتا

Definisi : (délta) lanar yg berbentuk segi tiga di muara sungai: di kuala sungai itu terjadi suatu ~ bertentangan dgn Pulau Trinidad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dél.ta] | ديلتا

Definisi : (délta) huruf keempat dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dél.ta] | ديلتا

Definisi : /délta/ tanah, pasir dll yg berbentuk tiga segi di muara sungai (terjadi kerana muara sungai itu bercabang dua atau lebih): Kebanyakan tanah di ~-~ sangat subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata delta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Menurutnya, varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai." Bolehkah saya tahu maksud "landai" dalam ayat ini? Terima kasih.Maksud perkataan landai dalam ayat di atas ialah berkurang atau menurun sedikit demi sedikit.Makna06.08.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi perkaaan yang berikut: (a) galacto-oligosaccharide (b) long chain fructo-oligosaccharidel (c) Glucono-delta-lactose (d) Hydroxypropymethylcellulose (e) Sulphobenzoic (f) Neotame (g) ButanetetrolKami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

galacto-oligosaccharide - galakto-oligosakarida

long chain fructo-oligosaccharide- frukto-oligosakarida rantai panjang

glucono-delta-lactose - glukono-delta-laktosa

hydroxypropyl methyl cellulose - hidroksipropil metil selulosa

sulphobenzoic - sulfobenzoik

neotame - neotame

butanetetrol - butanatetrol

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain26.08.2021
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu.

Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam  NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia.  

Lain-lain19.07.2022

Kembali ke atas