Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mam] | دمم

Definisi : 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg di­sebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (me­nyebabkan badan terasa sejuk dan meng­gigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg di­sebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-ku­ningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya de­mam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menye­babkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadi­kan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mam] | دمم

Definisi : 1 keadaan badan (manusia) yg bersuhu lebih tinggi drpd biasa: Apabila saya ~, tekak saya berasa pahit. 2 penyakit yg menyebabkan suhu badan lebih tinggi drpd biasa: ~ kuning; ~ panas. 3 bp ghairah atau terlalu suka (gemar) akan sesuatu; tergila-gila akan: Sekarang ini, anak-anak muda ~ tarian “Breakdance”. ~ denggi (penyakit) demam yg berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes. ~ kepialu demam yg berterusan selama lebih drpd tiga hari dan biasanya kerana penyakit usus. ~ kuning demam yg menyebabkan badan menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu). ~ kura a. demam malaria. b. demam kerana limpa penghidapnya bengkak. ~ malaria demam yg disebabkan oleh kuman yg dibawa oleh nyamuk tiruk melalui gigitannya. ~ panas a. demam kerana suhu badan yg tinggi. b. demam malaria ketika panasnya. ~ puyuh demam (yg) pura-pura. ~ sejuk (dingin, gigil, ketar) demam malaria ketika sejuknya. ~ selesema demam kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus; influenza. ~ tifoid demam yg berjangkit yg menyerang usus oleh sebab kuman dlm makanan atau minuman. mendemamkan menyebabkan seseorang itu demam (kerana ketakutan, terperanjat dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Mohon semak struktur ayat di bawah ini. Demam tifoid atau demam kepialu merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi(S.typhi). Sekian terima kasihTiada kesalahan pada struktur ayat berkenaan.Tatabahasa16.10.2014
Ali tidak hadir ke sekolah kerana demam panas. Bolehkah ayat di atas ditukar kepada susunan songsang seperti berikut? Kerana demam panas Ali tidak ke sekolah. Sekiranya jawapan tersebut salah, nyatakan alasannya.Ayat songsang tersebut tidak tepat disebabkan perkataan "Kerana" tidak boleh digunakan dipermulaan ayat. Hal ini disebabkan kerana merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan. Kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya "kerana" digunakan di tengah-tengah ayat bagi menerangkan klausa utama. Ayat songsang yang tepat bagi ayat tersebut:

1. Tidak hadir Ali ke sekolah kerana demam panas.
2. Tidak hadir ke sekolah kerana demam panas Ali. 
Tatabahasa19.06.2016
salam tuan. sedikit persoalan tentang penggunaan kata hubung 'sebab' dengan 'kerana'. Melalui ayat di bawah: 1. Dia tidak hadir kerana demam. 2. Dia tidak hadir sebab demam. Yang manakahdikira betul? Dalam bbrpa buku dikira kerana yang betul. Saya rasa kedua2 sama fungsinya. Pendapat ilmiah tuan?

Sebenarnya, perkataan 'sebab' dan 'kerana' berbeza dari segi golongan katanya. Perkataan 'sebab' ialah kata nama, manakala perkataan 'kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan. Perkataan 'sebab' boleh dijadikan kata hubung dengan syarat disertakan kata sendi nama 'oleh' untuk menjadi frasa sendi nama 'oleh sebab' yang membawa maksud 'kerana'. Ayat yang betul ialah 'Dia tidak hadir kerana demam' atau 'Dia tidak hadir oleh sebab demam'. Jika saudara anggap sebab dan kerana sama fungsinya, dan kedua-dua ayat yang diberi adalah betul, maka kita dapat mengungkapkan ayat seperti di bawah:

i.  Dia menyatakan sebab-sebab ketidakhadirannya semalam ... , dan

ii. *Dia menyatakan kerana-kerana ketidakhadirannya semalam ...

Berdasarkan contoh yang diberi, nyatalah bahawa fungsi kata 'sebab' dan 'kerana' adalah tidak sama.

Tatabahasa08.03.2011
Adakah semua ayat dalam perenggan di bawah gramatis? Dalam menongkah arus globalisasi yang penuh dengan pancaroba dan kompetitif, negara kita masih berdepan dengan masalah peningkatan kes demam denggi. Masalah yang semakin membimbangkan ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan kes demam denggi mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada semua pihak. Demam denggi bukan sahaja telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan malahan kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini juga semakin bertambah. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang penyelesaian yang efektif maka sudah pastinya negara kita akan menghadapi pelbagai musibah yang sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan negara yang dikecapi selama ini. Oleh hal yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Sebenarnya, terdapat banyak punca berlakunya demam denggi dan cara-cara mengatasinya.Kami mencadangkan penambabaikan dalam teks yang berkenaan seperti yang berikut - Dalam menongkah arus globalisasi yang penuh pancaroba dan persaingan, negara kita masih berdepan dengan masalah peningkatan kes demam denggi. Masalah yang semakin membimbangkan ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa, sama ada media elektronik mahupun media cetak. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan kes demam denggi mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada semua pihak. Demam denggi bukan sahaja telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan malahan kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini juga semakin bertambah. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian tuntas, maka sudah pasti negara kita akan menghadapi pelbagai musibah yang sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan negara. Oleh hal yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Sebenarnya, terdapat banyak punca berlakunya demam denggi dan cara-cara untuk mengatasinya.Penyemakan dan penterjemahan08.04.2015
Betulkah ayat di bawah ini? "Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Denggi."Ayat yang gramatis "Demam denggi ialah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Denggi".Tatabahasa19.07.2012
Benarkah, frasa "oleh sebab" tidak boleh berada di tengah-tengah ayat (dianggap tidak gramatis)? TK1. Oleh sebab demam ayah tidak hadir ke pejabat.
2. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam.
3. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul dan frasa "oleh sebab" boleh hadir pada pertengahan ayat. Walau bagaimanapun, dalam bentuk ayat tersebut ("oleh sebab" pada pertengahan ayat), ayat ketiga lebih kerap ditemukan.
Tatabahasa08.10.2023
saya nak tahu sama ada ayat ini betul atau tidak. Tiada tertelan oleh saya akanan akibat demam.

Puan Masneh,

Ayat ini sepatutnya ditulis - Saya tidak tertelan makanan itu akibat demam

Tatabahasa23.04.2010
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Tatabahasa09.05.2013
Ingin saya tanya kepada pihak tuan... apakah ayat songsang bagi ayat-ayat berikut? a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari. c Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat Terima kasih.a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam.
Ayat songsang: Ingin makan aiskrim tetapi demam, Ali.
b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari.
Ayat songsang: Melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari, kakak.
c. Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar.
Ayat songsang: Mendengar radio sambil membaca surat khabar, ayah.
d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat.
Ayat songsang: Bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat, buah pisang.
Tatabahasa22.07.2016
Saya ingin bertanya penggunaan beberapa perkataan dalam ayat: 1. Berbanding atau berbanding dengan (yang manakah tepat) 2. Bersama atau bersama-sama atau bersama-sama dengan( yang manakah tepat) 3. Dia tidak hadir ke sekolah sebab demam atau dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam. (yang manakah tepat) terima kasih dari Diana1. Penggunaan yang betul ialah berbanding dengan.
2. Bersama dan bersama-sama kedua-duanya betul.
3. Dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam.
Tatabahasa22.02.2012
1234

Kembali ke atas