Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mam] | دمم

Definisi : 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg di­sebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (me­nyebabkan badan terasa sejuk dan meng­gigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg di­sebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-ku­ningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya de­mam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menye­babkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadi­kan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mam] | دمم

Definisi : 1 keadaan badan (manusia) yg bersuhu lebih tinggi drpd biasa: Apabila saya ~, tekak saya berasa pahit. 2 penyakit yg menyebabkan suhu badan lebih tinggi drpd biasa: ~ kuning; ~ panas. 3 bp ghairah atau terlalu suka (gemar) akan sesuatu; tergila-gila akan: Sekarang ini, anak-anak muda ~ tarian “Breakdance”. ~ denggi (penyakit) demam yg berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes. ~ kepialu demam yg berterusan selama lebih drpd tiga hari dan biasanya kerana penyakit usus. ~ kuning demam yg menyebabkan badan menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu). ~ kura a. demam malaria. b. demam kerana limpa penghidapnya bengkak. ~ malaria demam yg disebabkan oleh kuman yg dibawa oleh nyamuk tiruk melalui gigitannya. ~ panas a. demam kerana suhu badan yg tinggi. b. demam malaria ketika panasnya. ~ puyuh demam (yg) pura-pura. ~ sejuk (dingin, gigil, ketar) demam malaria ketika sejuknya. ~ selesema demam kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus; influenza. ~ tifoid demam yg berjangkit yg menyerang usus oleh sebab kuman dlm makanan atau minuman. mendemamkan menyebabkan seseorang itu demam (kerana ketakutan, terperanjat dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drug feverdemam ubatPerubatanTiadaDemam yang terjadi akibat pengambilan ubat tertentu. Demam ubat boleh dibezakan dengan demam yang lain apabila terdapat kaitan antara demam dengan pemberian ubat. Demam tersebut akan reda apabila pengambilan ubat berkenaan dihentikan. Contoh ubat yang boleh menyebabkan demam ialah antibiotik dan Prostaglandin.
togavirustogavirusPerubatanTiadaSegolongan virus RNA yang mengakibatkan penyakit seperti ensefalitis, demam denggi, demam denggi berdarah dan demam kuning.
blackwater feverdemam air hitamBiologiMikrobiologiDemam akut yang disebabkan oleh Plasmodium falciparum. Organisma ini memusnahkan sel darah merah. Antara gejala demam ini ialah demam panas berselang-seli dengan demam sejuk, badan menjadi lemah, hemolisis intravaskul, hemoglobiuria, dan takikardia. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dikawal.
kedani feverdemam kedaniBiologiMikrobiologiDemam yang disebabkan oleh Ricketssia tsutsugamushi. Gejala demam ini ialah sakit kepala, demam panas, dan ruam badan mukolopapul. Demam ini dikenali juga sebagai penyakit tsutsugamushi, tifus kutu di Sumatera, dan tifus kampung di Malaysia.
jawa demamjawa demamKerisTiadaHulu yang berbentuk seperti lembaga manusia yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seolah-olah orang demam.
yellow feverdemam kunigBiologiMikrobiologiDemam akut dan berjangkit yang disebabkan oleh virus bawaan artropod seperti Aedes aegypti pada manusia. Bahagian utama yang diserang ialah sistem hematopoitik. Gejala demam ini termasuklah demam panas nefritis akut, jaundis dan pendarahan bawah kulit.
Keris Jawa DemamKeris Jawa DemamKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu yang menyerupai badan lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seakan-akan sedang demam.
agueaguHerbaFitoterapiGejala demam yang teruk seperti demam malaria atau sebarang penyakit yang menyebabkan demam dan dicirikan oleh badan menggigil yang berurutan.
gelung demam(Ib.)gelung demam(lb.)KesenianTiadaGelung yang berbentuk pucuk daun resam. gelung resam.
typhoid feverdemam tifoidPerubatanTiadaPenyakit berjangkit yang disebabkan Salmonella typhi. Penyakit ini bercirikan demam, cirit-birit, sakit kepala, ruam, bradikardia relatif dan splenomegali. Demam tifoid juga dikenali sebagai demam kepialu.
12345678910...

Kembali ke atas