Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : demam pura-pura (bukan sebenarnya deĀ­mam); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : demam (yg) pura-pura. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam puyuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ardisia crenataMata pelandok betinaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Myrsinaeae ini juga dikenali sebagai mata ayam, akar bebuluh dan sirih puyuh. Tumbuhan ini jenis renik. Daunnya jenis ringkas, berbentuk lonjong tirus dan tepinya berlekuk-lekuk (krenat). Bunganya berwarna putih kemerahan. Buahnya kecil, jenis beri, berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan. Buah yang masak boleh dimakan dan daun dimakan sebagai ulam. Jus tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk merawat sakit kulit dan sakit telinga. Jusnya dimakan untuk merawat demam, batuk, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan haid tidak teratur. Air rebusan akar diminum untuk mengubati meroyan, sakit tekak dan sakit dada. Pengambilan dalam kuantiti yang tinggi akan menyebabkan muntah.
Ardisia crenatamata pelanduk betinaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Myrsinaceae yang dikenali juga sebagai mata ayam, akar bebuluh dan sirih puyuh. Tumbuhan ini jenis renek. Daunnya jenis ringkas, berbentuk lonjong tirus dan tepinya berlekuk-lekuk (krenat). Bunganya berwarna putih kemerah-merahan. Buahnya kecil, jenis beri dan berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan. Buah yang masak boleh dimakan dan daun dimakan sebagai ulam. Jus tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk merawat penyakit kulit dan sakit telinga. Jusnya diminum untuk merawat demam, batuk, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan haid tidak teratur. Air rebusan akarnya diminum untuk mengubati meroyan, sakit tekak dan sakit dada. Sekiranya air rebusan ini diminum dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan muntah.

Kembali ke atas