Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mi] | دمي

Definisi : 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb): ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka ber­bagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu; berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mi] | دمي

Definisi : 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demi

Puisi
 

Pandai mengalah meniti batang,
     Raja Panji turun berkuda;
Demi jauh tuan datang,
     Menuntut janji dari semula.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza untuk dan demi cikgu saya cakap beza mereka ialah abstrak dan konkrit jika belakang ialah konkrit guna untuk jika belakang ialah abstrak guna demi betul tak demi belakang boleh diletakkan kata kerja?

Kata sendi nama “demi” bertugas membawa makna tujuan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya Anggota tentera sanggup berkorban “demi kesejahteraan negara. Manakala kata sendi nama "untuk"  digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan makna (i) menunjukkan kegunaan sesuatu, (ii) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya: Asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibinadan  Ayah membeli kereta untuk ibu”. Berdasarkan kedua-dua contoh ayat di atas kata sendi nama “untuk” tidak boleh bertukar ganti dengan “demi”. Selepas kata “demi” boleh dikuti dengan kata kerja contohnya “Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu”. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276 – 277).

Tatabahasa21.10.2021
Penggunaan 'demi' dalam ayat 1.Mereka berkumpul demi mengambil foto. Penggunaan 'sebahagian' dalam ayat 2. Hasan bekerja sebahagian hari, pada hari ini. Adakah sesuai penggunaan kata tersebut?Mereka berkumpul demi mengambil foto. Penggunaan perkataan demi dalam ayat ini tidak sesuai. Ayat yang betul ialah: Mereka berkumpul untuk mengambil foto.

Penggunaan kata yang sesuai ialah: Hasan bekerja separuh hari, pada hari ini. 
Tatabahasa18.11.2022
perkataan yang mana betul?? 'demi menjaga kemakmuran negara' atau demi kemakmuran negara'???Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada konteks ayat. Bagi ayat demi menjaga kemakmuran negara, ayat ini lebih kepada usaha mempertahankan kemakmuran negara, manakala bagi ayat demi kemakmuran negara pula, ayat ini lebih kepada harapan daripada usaha mempertahakan kemakmuran negara.  Lain-lain08.10.2010
Salam perpaduan. Adakah penggunaan kata demi betul dalam ayat berikut ? Ahmad mengulangkaji pelajaran demi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Terima kasih.Penggunaan kata "demi" dalam ayat tersebut betul. "Ahmad mengulang kaji pelajaran demi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan."(betulkan ejaan mengulang kaji) Tatabahasa07.04.2020
berikan kesalahan ayat yang menggunakan perkataan (demi,untuk),(terhadap,tentang),(dengan,akan)Contoh penggunaan kata sendi nama 'demi dan untuk' ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara.' Ayat yang betul ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.' Manakala contoh kesalahan penggunaan kata sendi nama 'dengan dan akan' ialah 'Wanita itu amat rindu dengan anaknya.' Ayat yang betul ialah 'Wanita itu amat rindu akan anaknya.'Tatabahasa07.03.2007
Polis trafik sanggup mengorbankan masa untuk mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.(kata hubung dalam ayat ini ialah "untuk" kenapa tidak menggunakan perkataan "demi"?)Demi ialah kata sendi nama dan hadir di hadapan kata nama, bukan kata hubung. Tatabahasa26.10.2021
Salam, pembetulan bagi soalan yang diajukan semalam. Soalan yang sebenar ialah: "Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'demi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya demi menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Pandangan tuan betul, kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun perlu diingat kata "demi" juga boleh berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Dalam ayat contoh yang diberikan kata "demi" berfungsi sebagai kata keterangan.Tatabahasa23.05.2013
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya.Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa22.04.2013
Saya difahamkan bahawa perkataan 'untuk' dan 'demi' digunakan di hadapan kata nama/frasa nama. Namun dalam banyak situasi, perkataan 'untuk/demi' juga diletakkan di hadapan kata kerja. Contoh: (1) Saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. (2) Kita perlu mengikis segala perasaan iri hati dan cemburu demi memperkukuh parti. Adakah penggunaan 'untuk' dan 'demi' dalam kedua-dua ayat di atas dibenarkan? Penggunaan sedemikian tidak terdapat dalam Dewan Tatabahasa.Perkataan untuk/demi berfungsi sebagai kata sendi nama dan hadir sebelum kata nama dan juga berfungsi sebagai kata hubung keterangan dan hadir sebelum kata kerja.Tatabahasa25.07.2018
Apakah perbezaan anatara penggunaan demi dengan untuk?Kata sendi nama "demi" membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kestabilan negara. Kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.Tatabahasa10.10.2019
12345678910...

Kembali ke atas