Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demikianlah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Adakah kita boleh menggunakan "Adalah diharapkan..." atau "Diharapkan..." atau "Demikianlah diharapkan..." di permulaan ayat ? Kerjasama dan bantuan tuan/puan di dalam perkara ini adalah amat dihargai.Tuan/Puan
Frasa yang dinyatakan tidak boleh digunakan pada permulaan ayat.
Tatabahasa17.04.2014
Adakah wujud sebarang perbezaan antara "Pasti" dan "Mesti" dari segi yang lebih terperinci? Mohon penjelasan.

Bunyi perkataan ini seakan-akan sama, tetapi maknanya lain sama sekali. Demikianlah kesimpulan yang dapat dibuat  tentang kata mesti dan pasti. Namun   demikian, dalam   penggunaan   masyarakat umum, sering kali keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Kata mesti bererti "wajib" atau "patut dilakukan". Dalam tatabahasa, kata ini tergolong dalam kata bantu ragam yang menyertai kata kerja. Sebaliknya, kata pasti  bererti "tentu" dan  tergolong dalam  kata adjektif. Contoh penggunaan kata mesti yang betul ialah:

  1.  Setiap anak mesti menghormati ibu bapanya.
  2.  Kamu mesti menyerahkan barang yang kamu temukan itu kepada polis.
  3.  Para pemohon jawatan ini mesti lulus Bahasa Melayu sekurang­-kurangnya dengan kepujian.
  4.  Budi yang baik mestilah dibalas baik juga.

(Semua ayat di atas menekankan makna "wajib".)

Penggunaan yang tepat bagi kata pasti adalah seperti yang berikut:

  1.  Jika tidak ada aral apa-apa, saya pasti hadir.
  2.  Orang yang berusaha dengan izin Allah pasti berjaya.
  3.  Setiap penulis pasti akan diberi sagu hati atau  royalti.
  4.  Di pasar raya, pqsti ada barang yang kamu cari itu.

 (Semua ayat  di atas menekankan  makna  "tentu")

 

 

Tatabahasa13.11.2020
mengapakah istilah 'klasik' merujuk kepada kesusasteraan Melayu klasik lebih sesuai digunakan berbanding istilah lama atau tradisional?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut.   Makna tradisional mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; Oleh itu berdasarkan makna kedua-dua perkataan ini  makna  kesusasteraan klasik dan kesusasteraan tradisional adalah dua  perkara berbeza.

Makna21.04.2009
apa maksud ayat nominal dan ayat akusatif? berikan contoh juga. tq

 

Ayat nominal, iaitu ayat yang tidak menggunakan kata kerja, contohnya Demikianlah laporan Hashim Saad dari Canberra. Tidak ada dalam sumber rujukan kami contoh penggunaan ayat akusatif, sila rujuk buku linguistik untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang ayat tersebut.

Tatabahasa20.10.2010
Adakah 'sepatutnya', 'sesungguhnya', 'sebetulnya' dan 'sebenarnya' mempunyai maksud yang sama?

“Sepatutnya” bermaksud apa-apa yang patut, semestinya, selayaknya, sebenarnya dan  sudah seharusnya. “Sesungguhnya” bermaksud sebenarnya dan sebetulnya. “Sebetulnya” pula bermaksud sebenarnya dan sesungguhnya. Manakala, “sebenarnya” bermaksud  sebetulnya, sesungguhnya, nyatanya, memang begitulah halnya dan demikianlah.

Jika dilihat pada keempat-empat perkataan tersebut, terdapat perkataan yang membawa maksud yang sama dan boleh digunakan secara bersilih ganti. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan yang mempunyai maksud berbeza dan tidak boleh digunakan secara bersilih ganti.
Tatabahasa31.08.2020
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasihDalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir.


Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut.
Tatabahasa02.04.2013

Kembali ke atas