Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.nai] | دناي

Definisi : bekas jejak binatang di hutan (semak, belukar, dll): ~ babi; ~ gajah; ikut ~ berjalan mengikut jejak binatang; bagai anjing melintang ~ prb seseorang yg sombong (gembira); bagai ~ gajah lalu prb kerosakan yg besar; berdenai mempunyai denai: lereng bukit yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.nai] | دناي

Definisi : bekas jejak binatang di hutan (semak, belukar): ~ gajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denai

Peribahasa

Bagai anjing melintang denai.

Bermaksud :

Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DENAI BOZEMAN

Denai Bozeman ialah laluan yang digunakan

oleh pengembara pada tahun 1860-an untuk

sampai ke lombong emas di Montana dan Idaho

di Amerika Syarikat. Denai ini meliputi kira-kira

970 kilometer di antara apa yang kini dikenali

sebagai Fort Laramie, Wyoming, dan Virginia City,

Montana. Denai ini mengambil sempena nama

John M. Bozeman, yang membinanya pada tahun

1863.

UMUM 
DENAI OREGON

Denai Oregon merupakan jalan darat yang

terpanjang dan terbesar yang digunakan dalam

perluasan wilayah ke arah barat Amerika

Syarikat. Jalan ini berliku-liku sepanjang 3200

kilometer melalui prairi dan gurun dan merentasi

pergunungan dari Independence, Missouri, ke

Barat Laut Pasifik. Malah pada hari ini, pelawat

masih boleh melihat lekuk-lekuk bekas laluan roda

kereta kuda di sepanjang seksyen denai.

UMUM 
TAMAN NEGARA YOSEMITE

Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah

gersang yang luas di bahagian tengah-timur

California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di

pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer

di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100

kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju

ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya

berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan

dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah.

Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini

mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan

hidupan liar di kawasan ini.

UMUM 
TASIK SAINT CLAIR

Tasik Saint Clair, terletak di hujung selatan

Taman Negara Gunung Cradle – Tasik Saint Clair di

bahagian tengah dataran tinggi Tasmania, iaitu

sebuah negeri pulau di Australia. Tasik ini

mempunyai kawasan seluas 2851 hektar. Tasik ini

merupakan punca Sungai Derwent, iaitu sungai

yang terbesar di pulau tersebut. Penjelajah belukar

membuat perjalanan di sepanjang denai merentasi

taman selama tiga hari. Pondok-pondok

perlindungan didirikan dalam jarak berjalan kaki

yang dekat kerana kemungkinan perubahan cuaca

yang mendadak daripada cuaca musim panas

kepada keadaan ribut salji.

UMUM 

Kembali ke atas