Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.na/] | دنق

Definisi : 1. burung atau binatang pemikat (utk menarik burung atau binatang yg hendak diperangkap dsb), umpan: Dolah batuk menguku-nguku macam ~ tekukur melawan; 2. Kd telur yg digunakan utk mengumpan ayam supaya ber­telur; ayam ~ a) ayam hutan; b) ayam katik; ~ penunggul (burung) pemikat yg dilekatkan pd tunggul kayu; spt ~ mencari lawan prb se­seorang yg gagah dan berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.na/] | دنق

Definisi : burung (binatang) pemikat. ayam ~ a. ayam hutan. b. ayam katik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denak

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAM ITIK

Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi

mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan

makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan

jenis ternakan yang paling banyak dipelihara.

Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa,

ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis

ternakan ini sangat berharga di negara-negara

tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila

adalah ternakan penting di Perancis, manakala

petani di bahagian timur Eropah pula memelihara

banyak angsa.

UMUM 

Kembali ke atas