Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[den.da] | دندا

Definisi : 1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat; mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. meng­hukum (biasanya berkaitan dgn ke­salahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana ke­cuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; pendendaan perihal (perbuatan) mendenda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[den.da] | دندا

Definisi : 1 wang yg mesti dibayarkan kerana melanggar peraturan atau melanggar undang-undang: Dia diwajibkan membayar ~ sebanyak RM2,000.00 atau masuk penjara selama setahun. 2 hukuman (bkn kesalahan yg kecil): ~ atas murid yg tidak membuat kerja rumah; ~ kerana melawan cakap orang tuanya. mendenda 1 mengenakan denda pd: Mahkamah telah ~nya sebanyak RM500.00. 2 menghukum (bkn kesalahan yg kecil): Guru ~nya kerana datang lewat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
punishmentdenda; hukumanPentadbiran PerniagaanTiada1. Denda: Sejumlah wang yang mesti dibayar kerana telah melakukan sesuatu kesalahan seperti melanggar peraturan, undang-undang dan lain-lain.,Hukuman yang biasanya berkaitan dengan kesalahan yang agak kecil. 2. Hukuman: Penderitaan dan sebagainya yang dikenakan atas orang yang melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang.
late payment chargedenda bayar lewatPentadbiranTiadaDenda yang dikenakan kepada penghutang kerana pembayaran balik hutang melebihi tarikh yang ditetapkan.
short ratekadar penaltiKomunikasiKorporatDenda yang dikenakan kepada pengiklan yang telah menandatangani kontrak tempahan ruang atau masa siaran iklan tetapi gagal mematuhi perjanjian tersebut. Denda ini dikenakan sebagai imbuhan kepada kerugian yang dialami oleh agensi penerbitan dan stesen penyiaran kerana tidak dapat memanfaatkan ruang atau masa siaran iklan seperti yang dirancang.
finedenda; halusFizikTiadaTiada
punishmentdenda; hukumanPendidikanTiadaTiada
finedenda; halusPerubatanTiadaTiada
punishmentdenda; hukumanSosiologiTiadaTiada
surchargedenda; surcajPentadbiran PerniagaanTiada1. Bayaran yang dikenakan kepada penerima apabila bayaran pos yang dibuat oleh pengirim tidak mencukupi.,2. Bayaran tambahan yang dikenakan ke atas perkhidmatan pos.
punishmentdenda; hukumanPsikologiTiadaTiada
finedenda; halusPentadbiranTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas