Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[den.da.an] | دنداءن

Definisi : 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dendaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
punishmentdendaanPsikologiPsikologi UmumSebarang tindakan yang dikenakan terhadap individu dengan tujuan untuk mengurangi tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan boleh bersifat positif atau negatif bergantung pada kaedah yang diberikan dan tidak dikaitkan sama ada baik atau tidak baik. Kaedah dendaan dianggap positif jika aplikasi rangsangan yang tidak menyenangkan boleh mengurangi tingkah laku. Contohnya, anak yang nakal akan dirotan. Dendaan dianggap negatif jika penarikan rangsangan yang menyenangkan itu boleh mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya, anak yang ponteng sekolah tidak akan diberikan wang saku.
operant conditioningpelaziman operanPsikologiPsikologi UmumPelaziman yang bergantung pada akibat daripada suatu respons. Sesuatu respons atau tindakan biasanya akan diikuti dengan pengukuhan atau dendaan. Pengukuhan biasanya akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pengulangan sesuatu respons. Dendaan pula akan mengurangkan kebarangkalian respons atau tingkah laku itu diulangi. Contohnya, isteri yang dipuji oleh suami kerana memasak lauk yang sedap akan merangsangnya untuk selalu memasak lauk yang sedap untuk suaminya. Demikian juga haiwan sarkas yang dilatih untuk menunjukkan tingkah laku yang bukan tingkah laku asalnya, contohnya beruang akan boleh berbasikal setelah dilatih dengan menggunakan pelaziman operan.
sensory deprivationdeprivasi deriaPsikologiTiadaProses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang.
discrimination of stimulidiskriminasi rangsanganPsikologiPsikologi UmumProses untuk melazimkan haiwan supaya dapat membezakan dua atau lebih rangsangan. Contohnya, haiwan dilatih untuk membezakan rangsangan yang mempunyai peneguhan atau mengelakkan dendaan.
negative reinforcementpeneguhan negatifPsikologiPsikologi UmumTindakan menarik faedah yang akan diperoleh supaya individu meneruskan tingkah laku yang dikehendaki. Setiap individu biasanya akan mengulangi tingkah laku yang dapat mengelakkan atau mengurangkan keadaan yang negatif. Dalam konteks ini, sesuatu yang ditarik daripada subjek adalah rangsangan atau perkara yang tidak disenangi. Contohnya, ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-mekik. Walau bagaimanapun, peneguhan negatif berbeza daripada dendaan kerana tindakannya akan meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki.
self-esteempenghargaan kendiriPsikologiPsikologi UmumAnggapan individu terhadap dirinya sama ada seorang yang berguna atau sebaliknya. Individu memerlukan harga diri yang tinggi untuk mencapai kesejahteraan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya dan selalunya tidak mencapai prestasi akademik yang tinggi. Pembentukan harga diri yang rendah dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa yang keras sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka tidak bahagia kerana sentiasa diberi dendaan. Sebaliknya, kanak-kanak yang menerima kasih sayang dan sokongan emosi yang tinggi akan mempunyai harga diri yang tinggi.

Kembali ke atas