Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[den.dam] | دندم

Definisi : 1. = ~ berahi perasaan cinta dan kasih yg amat sangat terhadap seseorang: Si Bidin rupanya ada menaruh ~ pd Esah; 2. = ~ hati perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat): orang duduk di kampung memang tolong-menolong, tidak boleh menaruh ~; ~ benci = ~ kesumat rasa dendam dan benci yg mendalam; membalas ~ = melepaskan ~ melakukan sesuatu yg tidak baik sbg membalas kejahatan seseorang dan memuaskan dendam hati yg terpendam; menaruh ~ menyimpan (memendam) perasaan ingin membalas per­buatan jahat seseorang; rindu ~ perasaan rindu yg amat sangat; berdendam menaruh dendam: Karim me­mang sudah lama ~ hendak mem­binasa­kan Pak Sudin; berdendam-dendaman saling menaruh den­dam; mendendam, mendendami menaruh den­dam pd: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; dendam-mendendam saling mendendami; mendendamkan menaruh dendam menge­nai sesuatu hal (perbuatan dsb): orang-orang itu sudah lama ~ hal orang-orang ber­asmara di tempat itu; dendaman perasaan dendam: tidak pula timbul ~ dlm hatinya terhadap orang yg mengkhianatinya; kedendaman perasaan dendam, dendam: ~nya terhadap gadis itu makin mendalam; pendendam (orang yg) suka berdendam, (orang yg) suka menaruh dendam: budak itu bukan sahaja seorang yg degil tetapi juga seorang yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[den.dam] | دندم

Definisi : 1 = ~ hati keinginan (perasaan) hendak membalas kejahatan: Dia menaruh ~ terhadap penghulu itu kerana bertindak tidak adil terhadap anaknya. 2 = ~ berahi perasaan cinta dan kasih terhadap seseorang: Rupa-rupanya Si Mat itu ada menaruh ~ terhadap Rokiah. ~ kesumat (benci) dendam dan benci yg mendalam. berdendam menaruh dendam: Ia ~ terhadap Karim kerana Karim selalu mempermainkan adiknya. berdendam-dendaman saling menaruh dendam. mendendam menaruh dendam terhadap (kpd): Pemuda jahat di kampung itu sudah lama ~ Pak Lebai yg suka memberinya nasihat. mendendamkan menaruh dendam mengenai sesuatu: Dia tidak ~ perkara yg kecil itu. pendendam orang yg mendendam; orang yg menaruh dendam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dendam

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RINDU DENDAM

RINDU DENDAM, kumpulan puisi J.E. Tatengkeng. Antologi ini diterbitkan pada tahun 1934 dan diterbitkan semula pada tahun 1974 oleh Pustaka Jaya. Rindu Dendam terdiri daripada dua bahagian iaitu Buah Tangan dan Rindu Dendam. Buah Tangan mengandungi 31 buah puisi  yang dimulai dengan puisi “Mula Kata” dan diakhiri dengan puisi “Melaka”. Rindu Dendam hanya mengandungi sebuah puisi iaitu “Akhir kata”.

SASTERAKarya
LIDICE

Lidice, nama sebuah kampung di Czechoslovakia

yang dimusnahkan oleh tentera Jerman dalam

tindakan membalas dendam semasa Perang Dunia

II. Lidice menjadi lambang kekejaman Nazi.

UMUM 
NEMESIS

Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang

penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah

lambang kepada semangat membalas dendam.

Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang

melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada

hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan

jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini,

perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat

kepada pembalasan.

UMUM 
ARSON

Arson ialah perbuatan sengaja membakar

sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam

beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak

membalas dendam terhadap pemilik bangunan

atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk

memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti

pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang

lain, kes arson berpunca daripada perbuatan

vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang

tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu.

UMUM 
PERSETERUAN

Perseteruan ialah persengketaan keluarga yang

pernah menjadi kelaziman di Itali, terutamanya di

Sicily . Dua keluarga akan saling bergaduh dan

selalunya bertindak ganas untuk membalas dendam

ke atas kecederaan atau pembunuhan ahli

keluarganya.

UMUM 
DEKRI MILAN

Dekri Milan ialah langkah asas dalam Sistem

Benua Napoleon, iaitu satu sekatan yang dikenakan

terhadap Great Britain. Napoleon mengeluarkannya

pada 17 Disember 1807 kerana membalas dendam

terhadap Britain.

UMUM 
PERANG UHUD

Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban,

tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam

dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca

berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu

membalas dendam selepas kekalahan mereka di

dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum

Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar

menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera

bermesyuarat dengan para sahabat sama ada

mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan

di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum

muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota

Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud

dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi

semasa di pertengahan jalan, ‘Abdullah ibn ‘Ubay

ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300

orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke

Madinah.

UMUM 
SANTAU

SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati.  Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu.  Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau.  Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau.  Dasar santau adalah sebenarnya racun.  Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan.  Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.

BUDAYAKonsep
PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG

PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama kerana membalas dendam.  Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1699 bersamaan hari Jumaat, di Kota Tinggi, Johor. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
BABASBABAS, denda alat amala orang Dusun-Kadazan di Sabah untuk menghilangkan rasa marah, benci dan dendam seseorang terhadap orang yang pernah berkelahi dengannya. Amalam ini mewajibkan seseorang memberikan sejenis binatang ternakan kepada orang yang dibencinya. BUDAYAKonsep

Kembali ke atas