Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[den.dam] | دندم

Definisi : 1. = ~ berahi perasaan cinta dan kasih yg amat sangat terhadap seseorang: Si Bidin rupanya ada menaruh ~ pd Esah; 2. = ~ hati perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat): orang duduk di kampung memang tolong-menolong, tidak boleh menaruh ~; ~ benci = ~ kesumat rasa dendam dan benci yg mendalam; membalas ~ = melepaskan ~ melakukan sesuatu yg tidak baik sbg membalas kejahatan seseorang dan memuaskan dendam hati yg terpendam; menaruh ~ menyimpan (memendam) perasaan ingin membalas per­buatan jahat seseorang; rindu ~ perasaan rindu yg amat sangat; berdendam menaruh dendam: Karim me­mang sudah lama ~ hendak mem­binasa­kan Pak Sudin; berdendam-dendaman saling menaruh den­dam; mendendam, mendendami menaruh den­dam pd: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; dendam-mendendam saling mendendami; mendendamkan menaruh dendam menge­nai sesuatu hal (perbuatan dsb): orang-orang itu sudah lama ~ hal orang-orang ber­asmara di tempat itu; dendaman perasaan dendam: tidak pula timbul ~ dlm hatinya terhadap orang yg mengkhianatinya; kedendaman perasaan dendam, dendam: ~nya terhadap gadis itu makin mendalam; pendendam (orang yg) suka berdendam, (orang yg) suka menaruh dendam: budak itu bukan sahaja seorang yg degil tetapi juga seorang yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[den.dam] | دندم

Definisi : 1 = ~ hati keinginan (perasaan) hendak membalas kejahatan: Dia menaruh ~ terhadap penghulu itu kerana bertindak tidak adil terhadap anaknya. 2 = ~ berahi perasaan cinta dan kasih terhadap seseorang: Rupa-rupanya Si Mat itu ada menaruh ~ terhadap Rokiah. ~ kesumat (benci) dendam dan benci yg mendalam. berdendam menaruh dendam: Ia ~ terhadap Karim kerana Karim selalu mempermainkan adiknya. berdendam-dendaman saling menaruh dendam. mendendam menaruh dendam terhadap (kpd): Pemuda jahat di kampung itu sudah lama ~ Pak Lebai yg suka memberinya nasihat. mendendamkan menaruh dendam mengenai sesuatu: Dia tidak ~ perkara yg kecil itu. pendendam orang yg mendendam; orang yg menaruh dendam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dendam

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
revenge tragedytragedi pembelaanKesenianDrama dan TeaterDrama yang mengisahkan usaha atau perancangan watak wira untuk membalas dendam berpunca daripada perlakuan watak lain. Mekanisme ini boleh digunakan untuk menguatkan jalan cerita lakon tragedi. Sinonimlakon dendam.
vendettadendam kesumatSejarahTiadaTiada
individual vengeancedendam individuSosiologiTiadaTiada
group vengeancedendam kelompokSosiologiTiadaTiada
revenge playlakon dendamKesenianDrama dan TeaterLihattragedi pembelaan.
angermarahPerubatanTiadaPerasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat.
passionghairah; nyala rasaKesusasteraanPuisiPerasaan yang diungkapkan oleh penyairnya. Umpamanya perasaan cinta, kasih sayang dan rindu dendam yang amat sangat.
arsonbakar jahatKriminologiKeadilan JenayahTindakan membakar sesuatu premis (seperti rumah dan bangunan), struktur atau kenderaan dengan sengaja. Tindakan ini boleh melibatkan tujuan jenayah yang lain seperti penipuan, pelupusan bahan bukti, balas dendam dan sebagainya.
Elizabethan dramadrama zaman ElizabethKesusasteraanTiadaDrama yanhg mendapat pembaharuan di England pada masa pemerintahan Elizabeth akhir abad ke-16 yang merupakan zaman permulaan jenis-jenis drama baru, seperti komedi yang romantis, drama pembunuhan balas dendam dan sebagainya dihasilkan.
machiavelmachiavelKesusasteraanTiadaWatak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel.
12

Kembali ke atas