Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
withprep 1. (indic accompaniment) dengan: he lives ~ his parents, dia tinggal dengan ibu bapanya; he was playing golf ~ a friend, dia sedang bermain golf dengan seorang kawan; who are you going ~?, dengan siapa kamu pergi?; he’s gone out for a walk ~ his dog, dia pergi bersiar-siar dengan anjingnya; is he still there ~ you?, dia masih lagi dengan kamukah?; he walked home ~ me after class, dia berjalan pulang dengan saya selepas kelas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
by11. through the means or instrumentality, etc of, dengan: he finds it hard to make a living ~ writing, dia mendapati sukar mencari nafkah dengan menulis; the town was taken ~ force, bandar itu ditawan dengan kekerasan; he was put to death ~ the sword, dia dihukum mati dengan dipancung; the device is operated ~ electricity, alat itu digerakkan dengan tenaga elektrik; this is made ~ hand, ini dibuat dengan tangan; he succeeded ~ working hard, dia berjaya dengan bekerja keras; to pay ~ cheque, membayar dengan cek;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with5. by means of, dengan: the child is learning to eat ~ a fork and spoon, budak itu sedang belajar makan dengan menggunakan sudu dan garpu; he hit the dog ~ a stick, dia memukul anjing itu dengan kayu; we see ~ our eyes, kami melihat dengan mata kami; the man was stabbed ~ the knife, lelaki itu ditikam dengan pisau; beat the eggs ~ a whisk, pukul telur dengan pemukul telur; they fought ~ swords, mereka berlawan dengan pedang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with3. against, dengan: the war which Iraq fought ~ Iran, peperangan Iraq dengan Iran; he is always arguing ~ his brother, dia selalu sahaja bertengkar dengan abangnya; we have to compete on equal terms ~ foreign investors, kami terpaksa bersaing sama tara dengan pelabur-pelabur asing; my horse had a race ~ his, kuda saya berlumba dengan kudanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with9. in the manner stated, dengan: she said it ~ a smile on her face, dia mengatakannya dengan tersenyum; the soldiers fought ~ great courage, askar-askar itu berjuang dengan begitu berani; I greeted them ~ open arms, saya menyambut mereka dengan tangan terbuka; she listened to them ~ sympathy, dia mendengar kata-kata mereka dengan simpati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with2. (indic agreement, arrangement or relationship between people) dengan: I agree ~ you whole-heartedly, saya bersetuju sepenuh hati dengan kamu; the islanders traded ~ the people from the mainland, penduduk di pulau itu berdagang dengan penduduk di tanah besar; Britain established diplomatic relations ~ the new state, Britain menjalin hubungan diplomatik dengan negara baru itu; we had a meeting ~ the Union leaders, kami bermesyuarat dengan pemimpin Kesatuan Sekerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with11. concerning, in regard to (so., st) dengan: she is delighted ~ her new house, dia gembira dengan rumah barunya; the teacher seems satisfied ~ the boy’s work, guru itu kelihatan puas hati dengan kerja budak itu; you should be content ~ what you have, kamu sepatutnya berpuas hati dengan apa yg ada; try to be patient ~ the child, tolonglah bersabar dengan budak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
in21. (indic means, method, medium, material, etc used) dengan; (of st carved, cast) daripada: please write your answers ~ ink, tolong tulis jawapan anda dengan dakwat; the dress was wrapped ~ tissue, baju itu dibungkus dengan kertas nipis; he paints ~ oil, dia melukis dengan cat minyak; printed ~ red and gold, dicetak dengan warna merah dan warna emas; a statue cast ~ bronze, patung yg dibuat daripada gangsa; ~ writing, secara bertulis, dlm bentuk tulisan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with8. showing the idea of filling, covering or containing, dengan: the lawn was covered ~ leaves, laman itu penuh dengan daun; she filled the glass ~ water, dia mengisi gelas itu dengan air; the streets were crowded ~ people, jalan-jalan itu penuh sesak dengan orang ramai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
under27. using a pseudonym or alias, dengan: he is known ~ several names, dia dikenali dengan beberapa nama; these books were written ~ a pen-name, buku-buku ini ditulis dengan nama pena;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas