Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
call by referencepanggil dengan rujukan/panggil dengan acuanpanggil dengan rujukanpanggil dengan rujukanTeknologi Maklumat
solution by eliminationpenyelesaian dengan eliminasi; solusi dengan eliminasiTiadapenyelesaian dengan penghapusanMatematik
intrinsic plus positionposisi dengan intrinsikposisi dengan intrinsikposisi dengan intrinsikPerubatan
call by namepanggil dengan namapanggil dengan namapanggil dengan namaTeknologi Maklumat
call by valuepanggil dengan nilaipanggil dengan nilaipanggil dengan nilaiTeknologi Maklumat
flying by wireterbang dengan dawaiterbang dengan wayarterbang dengan wayarKejuruteraan Kapal Terbang
homologuous to zeroberhomolog dengan sifarberhomolog dengan sifarberhomolog dengan sifarMatematik
fly-by-wireterbang dengan kabel; kendali terbang otomatik kabelterbang-dengan-wajarterbang-dengan-wayarAeroangkasa
fly-by-lightkendali terbang otomatik optik; terbang dengan cahayaterbang-dengan-cahayaterbang-dengan-cahayaAeroangkasa
by forcedengan kekerasanTiadadengan kekerasanUndang-undang
12345

Kembali ke atas