Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
niat (kata nama)
1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,

2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,

Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat,

Puisi
 

Niat menumpang di gunung api,
     Ambil gemala di mulut naga;
Sudah dapat kehendak hati,
     Malam ini saya berjaga.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga lada di atas batu, Bersama dengan bunga melati; Kalau ada niat begitu, Baik simpan dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaNiat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.
Kurik Kundi Merah SagaSebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih di depan puan, Tidak niat hendak kupakai; Hatiku kasih padamu puan, Sikit tak ingat hendak kucerai.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala.
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selangat ikan seluang, Belah belakang ambil hatinya; Usah niat adik seorang, Kelak belakang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati belum nak cerai, Kehendak Allah siapa tahu.
123

Kembali ke atas