Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengar;

Puisi
 

Di mana kepayang yang gugur,
     Dengar akan bunyi labuknya;
Di mana si dayangku tidur,
     Dengar akan bunyi jua batuknya.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Dengar cakap enggang,
     makan buah beluluk;
dengar cakap orang,
     terjun masuk lubuk.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk.Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar.Tiada mahu mendengar nasihat orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lantai dan dinding bertelinga belaka.Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas