Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngar.de.ngar] | دڠر٢

Definisi : menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengar-dengar

Puisi
 

Di mana kepayang yang gugur,
     Dengar akan bunyi labuknya;
Di mana si dayangku tidur,
     Dengar akan bunyi jua batuknya.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Dengar cakap enggang,
     makan buah beluluk;
dengar cakap orang,
     terjun masuk lubuk.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar atau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar jika dalam ayat, mana satu yang perlu digunakan.Ungkapan yang betul, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.Tatabahasa14.11.2016
Dengar cakap saya. Adakah ayat di atas mempunyai dua maksud? Maksud pertama-Adakah kamu dengar apa yang saya cakap? Maksud kedua- buat/patuh apa yang saya cakapAyat "Dengar cakap saya" bermaksud buat/patuh apa yang saya cakap.  Makna28.10.2022
a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. b) Hei, awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?!" Alisa mencuit bahu Alina.a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. Sila rujuk buku Gaya Dewan untuk lebih menguasai aspek tanda baca.Ejaan03.11.2011
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. tuan, jawapan yang salah dalam ayat ini ialah "diberitahukan" adakah benar? saya tidak faham mengapa "dengar" adalah betul dalam ayat ini tanpa menggunakan imbuhan. tqPenggunaan perkataan 'dengar' dalam ayat tersebut adalah salah. Ayat yang betul ialah 'Saya tidak mendengar apa-apa yang yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar.'Tatabahasa26.07.2011
SELAMAT PETANG, DENGAR MAKLUMAT DIHANTRA ADALAH IKLAN BARU. BOLEHKAH TUAN/PUAN YANG BAGI NASIHAT DAN SAHKAN BAHASA YANG DIATAS IKLAN.

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut dan iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Untuk visual yang dilampirkan, sila buat kemas kini seperti yang berikut terlebih dahulu:

1. Terjemahkan teks Co-working Space Lite kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa. Cadangan: Ruang Kerja Bersama

2. Tukar Pejabat Servis kepada Khidmat Ruang Pejabat

3. SDN. BHD.  (letak titik untuk singkatan)
Lain-lain20.02.2023
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. (apakah kesalahan?) tuan, ini soalan peperiksaan sekolah saya, jawapan daripada guru ialah ddiberitahukan, tetapi saya memang susah untuk menerimanya. tqHingar-bingar bermaksud sangat bising, sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Penggunaan kata hingar-bingar dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa25.07.2011
Saya biasa dengar peribahasa menahan lukah di pergentingan, baru-baru ini saya terbaca pulak ada menahan lukah di penggentingan. Adakah pergentingan dan penggentingan itu perkataan yang sama maksud walaupun sedikit berlainan ejaan dan boleh juga diterima dari segi bahasa?Ejaan yang betul ialah pergentingan yang bermaksud tempat yang genting. Penggentingan bermaksud perihal atau perbuatan menggentingkan.Ejaan04.03.2008
Kita biasa dengar atau baca sumbangan DBP kepada masyarakat, tetatpi jarang sekali kita dengar tentang sumbangan masyarakat kepada DBP. Adakah apa-apa artikel atau pendapat tenteng sumbangan masyarakat kepada DBP? Dimana boleh saya dapatkan maklumat tentang perkara ini?Saudara bolehlah ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP bagi mendapatkan maklumat berkenaan.Lain-lain28.07.2010
1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" 2. "intisari" atau "inti sari" 3. Tolong huraikan perbedaannya. Terima kasih.

1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah.

2. Ejaan yang betul ialah inti sari, kedua-dua perkataan dalam kata majmuk tersebut boleh memberi makna dan tidak digolongkan dalam kumpulan kata majmuk yang telah mantap.

Tatabahasa10.05.2011
1) Tolong jangan dengar cakap dia 2) Sila jangan duduk di situ Adakah dua ayat di atas menyalahi hukum ayat? Sila beri keterangan.Jawapan yang tepat:

1. Jangan dengar cakap dia 
2. Jangan duduk di situ

Ayat permintaan dalam bahasa Melayu ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti "minta", "sila" dan "tolong", dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat  permintaan biasanya tidak membawa pengertian negatif, sebagaimana ayat larangan yang menggunakan perkataan "jangan". 
Tatabahasa04.09.2015
123456789

Kembali ke atas