Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[déng.gi] | ديڠݢي

Definisi : (dénggi) = demam ~ penyakit virus yg berjangkit melalui gigitan oleh nyamuk Aedes, yg dicirikan dgn sakit kepala, demam, sakit pd sendi dan ruam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[déng.gi] | ديڠݢي

Definisi : /dénggi/, = demam ~ penyakit berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes (melalui gigitan): (demam) ~ berdarah (demam) denggi yg berbahaya dan dpt membawa maut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denggi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf, saya ingin bertanya mengenai perkataan denggi. Contoh ayat: Tiada Aedes tiada Denggi. Adakah betul ejaan "Aedes" dan "Denggi" di dalam slogan tersebut? Mohon penceraha pihak DBP. Terima kasih.Cadangan jawapan yang betul ialah Tiada aedes tiada denggi. Aedes atau denggi ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.Ejaan02.09.2020
Betulkah ayat di bawah ini? "Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Denggi."Ayat yang gramatis "Demam denggi ialah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Denggi".Tatabahasa19.07.2012
Shelltox Attack Perangi DenggiSheltox Attack Memerangi DenggiTatabahasa15.03.2007
Adakah semua ayat dalam perenggan di bawah gramatis? Dalam menongkah arus globalisasi yang penuh dengan pancaroba dan kompetitif, negara kita masih berdepan dengan masalah peningkatan kes demam denggi. Masalah yang semakin membimbangkan ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan kes demam denggi mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada semua pihak. Demam denggi bukan sahaja telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan malahan kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini juga semakin bertambah. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang penyelesaian yang efektif maka sudah pastinya negara kita akan menghadapi pelbagai musibah yang sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan negara yang dikecapi selama ini. Oleh hal yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Sebenarnya, terdapat banyak punca berlakunya demam denggi dan cara-cara mengatasinya.Kami mencadangkan penambabaikan dalam teks yang berkenaan seperti yang berikut - Dalam menongkah arus globalisasi yang penuh pancaroba dan persaingan, negara kita masih berdepan dengan masalah peningkatan kes demam denggi. Masalah yang semakin membimbangkan ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa, sama ada media elektronik mahupun media cetak. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan kes demam denggi mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada semua pihak. Demam denggi bukan sahaja telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan malahan kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini juga semakin bertambah. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian tuntas, maka sudah pasti negara kita akan menghadapi pelbagai musibah yang sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan negara. Oleh hal yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Sebenarnya, terdapat banyak punca berlakunya demam denggi dan cara-cara untuk mengatasinya.Penyemakan dan penterjemahan08.04.2015
kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit demam denggi berdarah telah ditematkan di unit rawatan rapi di hospital bekenaan. soalannya adakah benar penggunaan perkataan 'menghidap' atau guna perkataan 'mengidap'. apakah beza pengunaan kedua-dua perkataan tersebut.Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap).Tatabahasa04.11.2013
Adakah ayat di bawah betul? Demam denggi telah meragut sebanyak tiga nyawa pada bulan lepas.Ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa06.03.2011
Jabatan Kesihatan Daerah Gombak melancarkan Kempen Anti Denggi di Taman Selayang Jaya. Adakah betul perkataan Antidenggi perlu dirapatkan?Anti ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Maka ejaan yang betul ialah antidenggiEjaan12.05.2020
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum.1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah.
2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah.
3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum.
Tatabahasa27.03.2014
Assalamualaikum Saya ada 2 pertanyaan mengenai kata nama khas.Adakah nama penyakit seperti kanser kaposi sarkoma dan kandidiasis adalah kata nama khas? Kedua-buku daftra kata ejaan jawi- rumi yang berwarna kuning tersebut cetakan ke berapa?Nama penyakit seperti kanser kaposi sarkoma dan kandidiasis bukan kata nama khas, Contoh lain demam denggi, batuk kering, demam kepialu ditulis dengan huruf kecil. Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi merupakan cetakan pertama tahun 2001.Ejaan12.03.2010
Salam sejahtera, Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasan sama ada perkataan "ia" boleh digunakan sebagai kata ganti nama untuk merujuk subjek selain manusia dan binatang, tumbuh-tumbuhan, undang-undang, fenomena semulajadi dan sebagainya? Saya faham bahawa perkataan "ia" boleh digunakan untuk merujuk manusia dan tidak boleh digunakan untuk binatang, tetapi bagaimana pula dengan ayat seperti berikut: "Wabak denggi semakin menular di Malaysia. Ia membahayakan nyawa banyak penduduk" ? Adakah telah berlaku pertukaran dalam tatabahasa penggunaan perkataan "ia" kebelakangan ini, kerana sewaktu saya mengambil peperiksaan (tahun 2001) guru-guru bahasa sebulat suara menegaskan bahawa perkataan "ia" hanya boleh digunakan untuk merujuk manusia? Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.Salam sejahtera,

Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 556.
Tatabahasa30.09.2015
12

Kembali ke atas