Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[déng.gi] | ديڠݢي

Definisi : (dénggi) = demam ~ penyakit virus yg berjangkit melalui gigitan oleh nyamuk Aedes, yg dicirikan dgn sakit kepala, demam, sakit pd sendi dan ruam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[déng.gi] | ديڠݢي

Definisi : /dénggi/, = demam ~ penyakit berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes (melalui gigitan): (demam) ~ berdarah (demam) denggi yg berbahaya dan dpt membawa maut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denggi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
togavirustogavirusPerubatanTiadaSegolongan virus RNA yang mengakibatkan penyakit seperti ensefalitis, demam denggi, demam denggi berdarah dan demam kuning.
denguedenggiPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan jangkitan virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Ciri denggi ialah deman, sakit kepala, sakit sendi dan ruam.
hemorrhagic denguedenggi berdarahPerubatanTiadaDemam denggi yang diserta dengan manifestasi perdarahan. Kekerapan serangan di kalangan kanak-kanak adalah tinggi.
hemorrhagic dengue feverdemam denggi berdarahPerubatanTiadaDemam denggi yang disertai dengan manifestasi perdarahan.
dengue haemorrhagic feverdemam denggi berdarahPerubatanTiadaDemam denggi yang disertai dengan manifestasi perdarahan.
dengue shock syndromesindrom renjatan denggiPerubatanTiadaPeringkat demam denggi yang teruk dan bercirikan hipotensi, peningkatan kepekatan darah dan perdarahan spontan.
denguedenggiBiologiMikrobiologiPenyakit akut yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk, Aedes aegypti, di kawasan tropika. Gejala penyakit ini ialah ruam badan, dan demam panas yang boleh membawa maut.
denguedenggiPerubatanTiadaPenyakit demam yang dicirikan dengan gejala seperti sakit kepala, mata, otot dan sendi serta tekak, yang kadangkala diiringi dengan letusan kulit. Penyakit ini tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes.
dengue feverdemam denggiPerubatanTiadaDemam yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk aedes.
o�nyong-nyong feverdemam o�nyong-nyongPerubatanTiadaDemam wabak yang menyerupai denggi yang lazimnya terdapat di Afrika Timur. Penyakit ini disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk.
12

Kembali ke atas