Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngung] | دڠوڠ

Definisi : bunyi yg bergema spt bunyi kumbang (kapal terbang, gong yg dipalu, dll); berdengung, berdengung-dengung, men­dengung berbunyi (bersuara) bergema: moto­kar meluncur berdengung-dengung; mendengungkan 1. mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema): gong yg dipalu itu pun ~ bunyi yg memekakkan telinga; 2. = mendengung-dengungkan ki meng­hebah-hebahkan, menyebarkan (berita): pihak musuh sering ~ ke­burukan yg berlaku dlm negeri kita; dengungan 1. bunyi yg berdengung (men­dengung), dengung: ~ pukulan gong sayup-sayup kedengaran dr tempat kami; 2. bp propaganda, diayah: segala ~ yg dilaungkan oleh pihak musuh tidak memberi bekas apa-apa kpd kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngung] | دڠوڠ

Definisi : bunyi yg bergema spt bunyi kapal terbang, bunyi kumbang dll: ~ kapal terbang hendak naik itu menyakitkan telinga. berdengung berbunyi dengung; bergema: Kapal Belanda melepaskan tembakan bertalu-talu sehingga ~ pelurunya lalu di atas kepala. mendengungkan menjadikan berdengung: ~ suara. dengungan bunyi yg berdengung: ~ kumbang itu makin lama makin perlahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah kita menggunakan "walaupun'dan 'tetapi' dalam satu ayat yang sama? Apakah perkataan yang sesuai untu bunyi cicak dan kapal terbang? Sekian terima kasih.

'Walaupun' ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala 'tetapi' ialah kata hubung gabungan.  Mengikut tatabahasa, kedua-dua kata hubung ini tidak boleh digunakan dalam satu ayat kerana terdiri daripada klausa tidak bebas.

Perkataan yang sesuai untuk menerangkan bunyi cicak ialah kecap atau mengecap. Tiada perkataan yang khusus untuk menerangkan bunyi kapal terbang, tetapi boleh menggunakan perkataan gemuruh/bergemuruh, dengung/berdengung untuk menerangkan bunyi kapal terbang.

Tatabahasa06.01.2011

Kembali ke atas