Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngung] | دڠوڠ

Definisi : bunyi yg bergema spt bunyi kumbang (kapal terbang, gong yg dipalu, dll); berdengung, berdengung-dengung, men­dengung berbunyi (bersuara) bergema: moto­kar meluncur berdengung-dengung; mendengungkan 1. mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema): gong yg dipalu itu pun ~ bunyi yg memekakkan telinga; 2. = mendengung-dengungkan ki meng­hebah-hebahkan, menyebarkan (berita): pihak musuh sering ~ ke­burukan yg berlaku dlm negeri kita; dengungan 1. bunyi yg berdengung (men­dengung), dengung: ~ pukulan gong sayup-sayup kedengaran dr tempat kami; 2. bp propaganda, diayah: segala ~ yg dilaungkan oleh pihak musuh tidak memberi bekas apa-apa kpd kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngung] | دڠوڠ

Definisi : bunyi yg bergema spt bunyi kapal terbang, bunyi kumbang dll: ~ kapal terbang hendak naik itu menyakitkan telinga. berdengung berbunyi dengung; bergema: Kapal Belanda melepaskan tembakan bertalu-talu sehingga ~ pelurunya lalu di atas kepala. mendengungkan menjadikan berdengung: ~ suara. dengungan bunyi yg berdengung: ~ kumbang itu makin lama makin perlahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengung


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kamah-kamah Bj Spkain yang dijahit bulat, diisi dengan kapuk, bulatannya sebesar jari kelingking orang dewasa dan panjangnya kira-kira 2.5 kaki. Digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung/bunyi anak-anak gabang ketika dipukul.Kamah-kamah ini dibuat dua lingkaran, diletakkan di sebelah menyebelah bahagian atas papagan, digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung anak-anak gabang itu ketika dipukul; di bahagian dasar atau addas gabang diperbuat daripada zing ini adalah bagi membolehkan bunyi gabang itu akan bertambah nyaring.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
papagan Bj PT, Sl, Tbtempat meletak kulintangan.Kamah-kamah ini dibuat dua lingkaran, diletakkan di sebelah menyebelah bahagian atas papagan, digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung anak-anak gabang itu ketika dipukul; di bahagian dasar atau addas gabang diperbuat daripada zing ini adalah bagi membolehkan bunyi gabang itu akan bertambah nyaring.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
addas gabang Bj, Tb, Slbahagian dasar gabang (alat muzik) yang diperbuat daripada zing.Kamah-kamah ini dibuat dua lingkaran, diletakkan di sebelah menyebelah bahagian atas papagan, digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung anak-anak gabang itu ketika dipukul; di bahagian dasar atau addas gabang diperbuat daripada zing ini adalah bagi membolehkan bunyi gabang itu akan bertambah nyaring.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas