Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.nyu.tan] | دڽوتن

Definisi : gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.nyu.tan] | دڽوتن

Definisi : gerakan turun naik (pd nadi, ubun-ubun, pembuluh darah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denyutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
induction coilgegelung aruhanFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanGegelung untuk mengeluarkan arus ulang-alik voltan tinggi atau denyutan-denyutan voltan tinggi daripada arus terus voltan rendah dengan cara gangguan arus terus pada gegelung primer yang mengandungi beberapa lilitan dawai. Gangguan arus terus ini akan mengaruhkan voltan tinggi pada gegelung sekunder yang mempunyai banyak lilitan pada gegelung primer.
gateget/lawangFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Litar yang mempunyai satu keluaran dan kegandaan masukan yang direkabentuk supaya keluarannya digaitkan hanya apabila penggabungan tertentu denyutan-denyutan wujud pada masukan. 2. Litar yang ada satu isyarat biasanya gelombang segiempat sama yang bertindak untuk memadamkan dan menghidupkan suatu isyarat lain. 3. Salah satu elektrod pada transistor kesan medan. 4. Suatu unsur keluasan pada kriotron 5. Kawalan bagi terusan denyutan atau isyarat. 6. Bentuk gelombang elektrik yang dikenakan pada titik kawalan suatu litar untuk mengubah mod operasi litar tersebut ketika dikenakan bentuk gelombang (pada radar).
pulsationpendenyutan; denyutanPentadbiran PerniagaanTiada1. Denyutan: Debaran atau denyutan yang beritma, seperti pada jantung atau arteri.,2. Pendenyutan: Proses gerakan kembangan kempis atau turun naik nadi, jantung dan lain-lain.
interpulseantara denyutMatematikTiadaDenyutan pancaran radio yang lebih lemah, yang diterima selepas denyutan utama tetapi sebelum denyutan utama yang berikutnya dalam isyarat dari sesetengah pulsar.
bradycardiabradikardiaHerbaFitoterapiDegup jantung yang perlahan dan dicirikan oleh kadar denyutan yang rendah, iaitu bawah 60 denyutan seminit bagi orang dewasa. Denyutan jantung normal bagi orang dewasa adalah antara 60 hingga 100 denyutan seminit.
pulsing zombiezombi denyutanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKomputer zombi yang dikawal jauh oleh pengguna hasad. Komputer zombi denyutan berbeza dengan komputer zombi biasa dalam pola serangan DdoS. Zombi denyutan menghantar banjiran paket secara letusan. Contohnya, selama 10 milisaat hingga satu saat dan dalam jangka masa yang tidak menentu. Komputer zombi denyutan lebih sukar dikesan berbanding komputer zombi biasa kerana serangan adalah lambat dan hampir sama dengan tingkah laku penghantaran paket data biasa.
bradycardiabradikardiaGerontologiTiadaKadar denyutan jantung yang perlahan dan kurang daripada 60 denyutan seminit bagi orang dewasa dan 120 denyutan seminit bagi janin.
pulsed lightcahaya denyutanFizikOptikAlur cahaya yang keamatannya dimodulasikan, beranalog dengan denyutan radar.
tachycardiatakikardiaPerubatanTiadaDenyutan jantung yang terlalu laju, biasanya melebihi 100 denyutan per minit.
tachycardiatakikardiaFarmasiTiadaDenyutan jantung yang luar biasa cepatnya, biasanya lebih daripada 100 denyutan per minit.
12345678910...

Kembali ke atas