Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pa] | دڤا

Definisi : (dépa) Kd, Pl, Pn mereka semua, dema. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pa] | دڤا

Definisi : (ukuran) panjang antara kedua-dua hujung tangan yg didepangkan (empat hasta atau kira-kira enam kaki); mendepa mengukur dgn depa (dgn men­de­pangkan tangan): kuli-kuli itu sedang ~ ka­wa­san yg mesti mereka kerjakan utk hari ini; mendepakan merentangkan atau meng­hulurkan (tangan) lurus-lurus ke kanan dan ke kiri, mendepangkan: satu drpd gerak badan yg dilakukan ialah dgn ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pa] | دڤا

Definisi : panjang di antara dua hujung tangan yg didepangkan (+ 4 hasta atau 6 kaki atau 1.8m). mendepa mengukur dgn depa: Mereka ~ bilik itu utk menganggarkan panjangnya. mendepakan mendepangkan (tangan) selaku orang mendepa: Dia ~ tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:34am ASSALAMMUALAIKUM Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:35am SAYA ALADINI@ FATAH AL TAMIMI @ MOHD SAZRUL Perlu FULL SPONSOR For Study in UK for Coarse DEGREE ETHICAL HACKER & SECURITY Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:41am Saya Ada cadangan buat lagu raya ALDIFITRI Ada DLM BAHASA MALAYSIA juga dalam BAHASA INGRIS, BAHASA YG ADA DLM MALAYSIA MCM BAHASA CHINA & TAMIL. Lagu Raya China pun sama Ada versi daripada BAHASA lain yg banyak diguna Di MALAYSIA supaya ORG MALAYSIA MAHIR BANYAK BAHASA jug a BAHASA TAMIL bila raya Depa boleh ada versi tetapi lagu yg digunakan Ada Unsur NASIHAT & Boleh diguna pakai dalam AGAMA lain & Bangsa lain. Maksudnya lagu tu UMUM .Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP menangani pertanyaan yang berkaitan dengan bidang bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa; kesusasteraan dan penerbitan. Sila kemukakan permohonan saudara kepada pihak yang berwenang dalam hal itu.Lain-lain19.02.2015

Kembali ke atas