Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pan.de.pan] | دڤن٢

Definisi : secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan-depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNak rebut rebutlah selasih, Jangan direbut di depan tangga; Nak rebut rebutlah kasih, Jangan direbut di depan mata.
Kurik Kundi Merah SagaSirih puan depan tangga, Menyambung datang orang marhaban; Tanya puan dijawab duka, Bunga di jambangan telah kepunyaan.
Kurik Kundi Merah SagaSirih puan depan tangga, Menyambung datang orang marhaban; Tanya puan dijawab duka, Bunga di jambangan telah kepunyaan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih di depan puan, Tidak niat hendak kupakai; Hatiku kasih padamu puan, Sikit tak ingat hendak kucerai.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.
Kurik Kundi Merah SagaAyam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Renang mari depan perahu; Kita juga terkenang-kenang, Orang jauh tak ambil tahu.
Kurik Kundi Merah SagaTupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaNaik kolek jangan senget, Isi barang sampai ke depan; Cantik molek bintang di langit, Hendak memandang wajah tuan.
12

Kembali ke atas