Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.pot] | ديڤوت

Definisi : (dépot) depoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.pot] | ديڤوت

Definisi : /dépot/ depoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depot


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL GHANI MINHAT

Abdul Ghani Minhat (1935-         ) pemain bola

sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di

Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala

Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah

dia terpilih mewakili pasukan bola sepak

sekolahnya, Princess Road School, di Kuala

Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai

Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia

mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan

Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih

mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan

Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili

pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam

perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2,

dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun

1956, Ghani membantu Selangor menewaskan

Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya.

UMUM 
ABDUL GHANI MINHAT, DATO'

Abdul Ghani Minhat, Dato’ (1935-     ), pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal pada tahun 1960-an. Beliau dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di Selangor setelah bapanya, seorang anggota polis, bertukar ke Polis Depot, Kuala Lumpur. Semasa belajar di Princess Road School, Kuala Lumpur (kini Sekolah Rendah Jalan Raja Muda) beliau terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya. Beliau menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot semasa berusia 14 tahun.

SUKANTokoh
PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA

PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA, pancaragam yang dianggotai oleh 'Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Pancaragam yang berasal daripada Pancaragam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini ditubuhkan pada tahun 1932 atas usaha J.D. Hussey, Komandan Polis Depot.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas