Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ras] | درس

Definisi : 1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb): arus sungai itu sangat ~; 2. lekas (perbuatan), cepat: katalah ~, saya nak tahu; tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; 3. lebat (hujan): hujan semakin ~ turun; 4. Kd kuat (bunyi, suara): “Mengapa sampai berkata begitu ...?” sergah Masri agak ~ drpd biasa; ~ datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan mendatangkan ke­rugian; ~ spt anak panah terlalu cepat; sederas 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu me­ngikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam; menderas 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya (lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut; menderaskan, memperderas 1. membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dsb), mempercepat: senaman boleh ~ denyutan jantung; kerja yg elok diperderas, kerja yg buruk diperlambat; 2. memperkuat (bunyi, suara, dsb); kederasan 1. perihal deras, kelajuan, ke­cepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah me­nga­muk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; penderasan 1. perbuatan menderaskan (me­lajukan, mencepatkan), pencepatan, pe­la­juan; 2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dsb), penguatan; 3. ark bahagian yg deras arusnya (sungai); penderas 1. alat (perkakas) utk menderaskan (mencepatkan gerakan dll), pencepat, pelaju; 2. lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru: engkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yg benar dgn yg salah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : ; menderas 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yg di­pelajarinya di sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : bunyi spt bunyi orang memijak sampah atau pasir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : 1 cepat atau laju sekali (bkn aliran air, sesuatu gerakan dll); lekas: Bukan main ~ dia berlari dlm perlumbaan itu. Air sungai itu mengalir begitu ~. 2 lebat (bkn hujan): ~ sungguh hujan petang semalam. menderas bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. menderaskan membuat supaya deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); mencepatkan; melajukan: Dia ~ perjalanan air dgn membuang sampah sarap yg ada di dlm tali air itu. memperderas membuat supaya lebih deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); menjadikan lebih deras; mempercepat; memperlaju: Dia ~ keretanya kerana dia telah terlambat. kederasan 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? penderasan perbuatan atau hal menderaskan; pencepatan; pelajuan. penderas alat (perkakas) utk mencepatkan gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deras

Puisi
 

Air pasang deras ke hulu,
     Bila tenang dimandi budak;
Kami datang pulang dahulu,
     Bila senang mari pulak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Deras datang dalam kena.

Bermaksud :

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan Perkataan "deras" adakah sesuai/betul untuk "pandangan yang deras"dan "deras berpidato"Kami berpandangan penggunaan perkataan deras untuk contoh yang diberikan tidak sesuai.Tatabahasa27.08.2014
Betulkah Perkataan "Deras" ialah kata adverba? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.Saudari, 

Perkataan deras merupakan kata adjektif. Sebagai contoh, air sungai itu mengalir begitu deras. Walaubagaimanapun, perkataan ini boleh jadi kata adverba mengikut pada penggunaan ayat tersebut.
Tatabahasa17.08.2020
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya?

Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza.

Tatabahasa05.02.2008
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada ayat ini betul atau tidak. Kanak-kanak itu hanyut dibawa arus laju. maksudnya laju di sini samkah maksudnya dengan deras. Jika ayat tersebut ditanya dalam peperiksaan bagi kata banyak makna, adakah ayat itu betul. Dalam Kamus DBP edisi keempat ms 340 kata kederasan digunapakai bagi ayat Lori itu dipandunya dengan kederasan 60km sejam. Jadi kederasan boleh diganti dengan kelajuan maka kata deras = laju. Saya ingin mendapatkan penjelasan tuan. tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan  gerakan air atau udara, digunakan perkataan deras. Contoh : ~ deras air sungai. Untuk maksud kederasan, diguna dalam konteks kadar pergerakan dalam dlm sesuatu jangka waktu, kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam.

 

 

Tatabahasa06.10.2010
Apakah perbezaan antara pantas, cepat, ligat, cepat dan deras? Terima kasihPerkataan cepat, laju dan pantas membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan adakalanya terdapat perbezaan penggunaan.

Sila perhatikan contoh ayat tersebut;

a. Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.
b. Ali memandu kereta dengan laju.
c. Rumah itu hanyut kerana arus yang deras.
d. "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah.
e. Matanya bulat memandang kipas yang berputar ligat di atas meja.
Tatabahasa12.12.2013
1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam”Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan:
1. Ayat tersebut betul.
2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan".
3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 
4. Ayat tersebut betul.
5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 
6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya".
7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ”
Tatabahasa13.09.2023
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menilai penggunaan kata-kata di dalam seloka seperti dibawah : Handal bersembang, Ingar gemerencang, Selalu tunjuk belang, Walau banyak gebang, Ada gundik merangkap dayang, Deras ambil peluang, Inklusiviti penilaian akhirnya sumbang. Zaman multitugas, Ada yang berlaun. Ingkar metode asas, Tegas tambah elaun, Untung kaki kipas, Nanti semak akaun. (Nota : Seloka penceritaan tentang sikap seseorang yang suka bercakap besar, membuat penilaian berdasarkan sikap pilih kasih sehingga tidak mengambilkira peraturan yang sedang berkuat kuasa)Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan untuk meng-e-melkan soalan ini kepada YBrs. Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui alamat e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Sastera01.08.2023
ribut yang "kuat" kata adjektif "kuat" sesuai?Perkataan "kuat" boleh digunakan untuk menerangkan ribut.  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "kuat" ialah keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll) : angin kuat - angin kencangTatabahasa05.07.2013
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul?

Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan.

Lain-lain10.07.2010
Salam, apakah perbezaan antara 'pancutan air' dengan 'pancuran air'? Bolehkah tuan/puan berikan penerangan yang lebih jelas? Terima kasih.Pancut dan pancur, kedua-duanya bermaksud air yang keluar, namun perbezaan yang dapat dilihat ialah pancut menerangkan air yang keluar dengan deras kerana tekanan. Maka, frasa "pancutan air" dan "pancuran air" mesti melihat kepada konsep sebenar yang dimaksudkan.Tatabahasa14.07.2014
12

Kembali ke atas