Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.rét] | ديريت

Definisi : (dérét) 1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah ~; mereka ber­jalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun; berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat; menderetkan, memperderetkan men­jadi­­­kan (menyusun) berderet-deret, mem­ba­riskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api; deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.rét] | ديريت

Definisi : /déret/, = deretan 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. berderet 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. mendereti berderet di; membarisi. menderetkan menjadikan berderet (-deret); membariskan: Dia ~ pasu-pasu bunga itu di keliling rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deret


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Adakah baris dan deret itu membawa maksud yang sama? "Paku itu dipasang dalam bentuk sembilan baris melintang dan sembilan baris menegak", adakah penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" betul dalam konteks ini? Terima kasih.Baris bermaksud banjar atau deret yang merupakan garis lurus (pokok, huruf, dan lain-lain). Deret ialah baris yang panjang atau jajar. Oleh yang demikian, baris dan deret membawa maksud yang sama. Penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" dalam konteks ini betul.
Lain-lain21.01.2021
Adakah perkataa guli-gundu wujud dalam kosa kata BM? Dan bolehkah berderet-deret digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk sebaris kereta?Perkataan “guli” dan “gundi” wujud dalam kosa kata bahasa Melayu, tetapi tidak wujud kata ganda berentak “guli-gundu” kerana gundi juga merujuk kepada guli. Kata “berderet-deret” ialah kata kerja bukannya penjodoh bilangan.Tatabahasa13.03.2014
1. “Ali mencucuhkan tungku dapur gas itu”,”Ali menyalakan tungku gas itu”. Ayat manakah yang betul? 2. “Aini menjirus lantai dengan air”,”Aini menyiram lantai dengan air”.Ayat manakah yang betul? 3. Apakah perbezaan antara “mengintai” dengan “mengintip”? 4. Apakah perbezaan antara “deret” dengan “baris”? 5. “Seekor bangkai itik”. Adakah “seekor” sesuai untuk dijadikan penjodoh bilangan kepada bangkai binatang? 6. “Perutusan Hari Guru dibaca oleh Cikgu Jamal di sekolah”,”Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal”. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah Ali mencucuh dapur gas itu.  

2. Kedua-dua ayat dikemukakan betul, cuma lewah kerana aspek makna bagi kata menjirus dan menyiram sememangnya dengan air.

3. Kata mengintai dan mengintip sama maksud. Kata deret dan baris mempunyai aspek persamaan makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk membandingkan aspek persamaan dan perbezaan makna kata.

4. Tidak perlu penjodoh bilangan ‘seekor’ untuk binatang yang telah mati.

5. Ayat yang lebih gramatis ialah Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal.

Tatabahasa23.11.2014
Saya jumpa perkataan "berjalan berjajar-jajar‘。tetapi saya tidak dapt jumpai kata terbitan [ber+jajar-jajar] dibawah entri [jajar] Kamus Dewan 4. Adakah berjajar-jajar itu kata terbitan yang sah?Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, jajar bermaksud banjar, baris, deret; sejajar. Berjajar-jajar pula merupakan kata ganda daripada perkataan tersebut dan boleh digunakan.Istilah01.07.2015
Adakah pilihan jawapan bagi ayat yang diberikan ini betul? Kalau betul, yang mana satu jawapan yang sesuai? Sejak petang lagi, orang ramai sudah _________ ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. A. Bergegas-gegas B. beratus-ratus C. Berduyun-duyun D. Berderet-deretJawapan yang betul ialah berduyun-duyun.Tatabahasa25.07.2013

Kembali ke atas