Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.rét] | ديريت

Definisi : (dérét) 1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah ~; mereka ber­jalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun; berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat; menderetkan, memperderetkan men­jadi­­­kan (menyusun) berderet-deret, mem­ba­riskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api; deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.rét] | ديريت

Definisi : /déret/, = deretan 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. berderet 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. mendereti berderet di; membarisi. menderetkan menjadikan berderet (-deret); membariskan: Dia ~ pasu-pasu bunga itu di keliling rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deret


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
larik IIJw ark baris, deret; berlarik, berlarik-larik berbaris-baris, ber­deret-deret, bergaris-garis, bergalur-galur: gajah putih yg gadingnya ~ emas suasa dan tembaga; melarik menyusun berbaris-baris atau ber­deret-deret.Kamus Dewan Edisi Keempat
beruntun-runtunber­­deret-deret, berikut-ikut, berturut-turut: suara itu disusuli bunyi tembakan yg ~ dr arah jalan besar; ayat-ayat al-Quran yg turun itu banyak sekali beruntun-runtun satu ayat demi satu ayat;Kamus Dewan Edisi Keempat
berteret-teretberderet-deret; ® deret.Kamus Dewan Edisi Keempat
beruntun, beruntun-runtun ber­­deret-deret, berikut-ikut, berturut-turut: suara itu disusuli bunyi tembakan yg ~ dr arah jalan besar; ayat-ayat al-Quran yg turun itu banyak sekali beruntun-runtun satu ayat demi satu ayat;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlarikberbaris-baris, ber­deret-deret, bergaris-garis, bergalur-galur: gajah putih yg gadingnya ~ emas suasa dan tembaga;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlarik-larikberbaris-baris, ber­deret-deret, bergaris-garis, bergalur-galur: gajah putih yg gadingnya ~ emas suasa dan tembaga;Kamus Dewan Edisi Keempat
runtun II; beruntun, beruntun-runtun ber­­deret-deret, berikut-ikut, berturut-turut: suara itu disusuli bunyi tembakan yg ~ dr arah jalan besar; ayat-ayat al-Quran yg turun itu banyak sekali beruntun-runtun satu ayat demi satu ayat; runtunan deretan, jajaran, leretan: demonstra­­si harus beruntun-runtun sbg ~nya ombak.Kamus Dewan Edisi Keempat
teret(térét) ark; berteret-teret berderet-deret; ® deret.Kamus Dewan Edisi Keempat
melarikmenyusun berbaris-baris atau ber­deret-deret.Kamus Dewan Edisi Keempat
deret/déret/, = deretan 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. berderet 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. mendereti berderet di; membarisi. menderetkan menjadikan berderet (-deret); membariskan: Dia ~ pasu-pasu bunga itu di keliling rumahnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas