Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.rét] | ديريت

Definisi : (dérét) 1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah ~; mereka ber­jalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun; berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat; menderetkan, memperderetkan men­jadi­­­kan (menyusun) berderet-deret, mem­ba­riskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api; deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.rét] | ديريت

Definisi : /déret/, = deretan 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. berderet 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. mendereti berderet di; membarisi. menderetkan menjadikan berderet (-deret); membariskan: Dia ~ pasu-pasu bunga itu di keliling rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deret


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retrograde inversionderet mundur balikanMuzikTiadaPic deret balikan yang dibaca dari arah belakang ke hadapan dalam muzik karya dua belas ton. Contoh deret mundur balikan gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah D#, F#, F, E, G#, G, C#, D, Bb, B, C, A. Lihat juga deret dasar, deret balikan, matriks dua belas ton.
retrogradederet mundurMuzikTiada

Pic deret dasar yang dibaca dari arah belakang ke hadapan dalam muzik karya dua belas ton. Contoh deret mundur dalam gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah Eb, C, C#, D, Bb, B, F, E, Ab, G, F#, A. Lihat juga deret dasar, matriks dua belas ton.

inversionderet balikanMuzikTiada

 Pembalikan imej cermin berasaskan pic deret dasar yang berasaskan paksi pic pertamanya dalam muzik karya dua belas ton. Contohnya, deret balikan dalam gerakan pertama Sym­phony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah A, C, B, Bb, D, C#, G, G#, E, F, F#, D#. Paksi pic pertama ialah not A. Lihat juga deret dasar, matriks dua belas ton.

twelve tone matrixmatriks dua belas tonMuzikTiada

 Matriks 12 baris darab 12 lajur (12 baris x 12 lajur) yang disusun dengan pic yang diperoleh daripada deret dasar (DD), deret mundur (DM), deret balikan (DB) dan deret mundur balikan (DMB) serta kesemua transposisinya. Matriks ini men-jadi asas bagi pengkaryaan muzik dodekafon atau karya dua belas ton. Semua klasifikasi pic yang terkandung dalam deret dasar ditulis pada baris pertama (dari kiri ke kanan). Apabila set pic ini dibaca dari arah kanan ke kiri akan membentuk deret mundur. Contohnya, Symphony, Op. 21, Gerakan Per­tama oleh Anton Webern.

combinatorialitykombinatorialitiMuzikTiada

 1.  Percantuman heksakord antara dua deret yang sama seperti deret dasar dengan deret dasar.

2. Gabungan antara dua deret yang berlainan jenis seperti deret dasar dengan deret mundur balikan. Percantuman tersebut akan menghasilkan agreget baru. Hubungan kombinatoria­liti sememangnya wujud antara deret dasar dengan deret mundur. Sementara hubungan antara deret dasar dengan deret lain mungkin wujud atau tidak.

all-combinatorialitykesemua kombinatorialitiMuzikTiada

 Pembentukan agregat baru yang terhasil melalui proses percantuman heksakord daripada deret dasar dengan cara, (i) sekurang-kurangnya satu daripada heksakord deret dasar yang ditransposisikan, (ii) sekurang-kurangnya satu daripada hek­sakord deret balikan yang ditransposisikan, dan (iii) sekurang-kurangnya satu daripada heksakord deret mundur balikan yang ditransposisikan.

semicombinatorialitysemikombinatorialitiMuzikTiada

Deret dasar yang membolehkan heksakordnya membentuk agregat baru melalui satu daripada proses percantuman, iaitu deret dasar yang ditransposisikan atau deret balikan yang ditransposisikan atau deret mundur balikan yang ditranspo­sisikan.

all-interval rowderet kesemua jedaMuzikTiada

Himpunan not dalam satu deret yang merangkumi semua not kromat. Himpunan ini juga dikenali sebagai set kesemua jeda. Susunan antara not bersebelahan dalam deret tersebut akan mewujudkan kesemua 11 jeda daripada minor ke-2 sehingga major ke-7. 

twelve tone compositionkarya dua belas tonMuzikTiada

 Kaedah pengkaryaan dengan menggunakan 12 ton yang telah dicipta oleh Arnold Schoenberg (1874-1951) pada tahun 1921. Kaedah ini yang juga dikenali sebagai dodekafon mula diperkenalkan oleh beliau dalam karya yang berjudul Prelud. Justeru, Prelud dimantapkan dan diperkembang dalam Suite, Op. 25 yang dihasilkan pada tahun 1923. Kaedah yang di-ilhamkan oleh Schoenberg merupakan satu set himpunan yang terdiri daripada kesemua 12 klasifikasi pic. Set ini dikenali sebagai deret dua belas ton atau set dua belas ton. Pic dalam set atau deret ini wujud sekali sahaja dan disusun mengikut daya kreativiti komposer. Terdapat empat bentuk set klasifi­kasi pic, iaitu deret dasar, deret mundur, deret balikan dan deret mundur balikan. Kesemua empat bentuk set klasifikasi pic tersebut berserta dengan transposisinya pada setiap peringkat klasifikasi pic diatur dalam satu matriks yang dikenali sebagai matriks dua belas ton. Bahan yang diperoleh digunakan mengikut daya kreativiti serta kebijaksanaan seseorang komposer dalam pengkaryaan mereka. Josef Matthias Hauer (1883-1959) juga secara kebetulan telah mencipta kaedah pengkaryaan yang hampir sama pada waktu yang sama.

serialismserialismeMuzikTiada

 Gaya muzik abad ke-20 yang diperkenalkan oleh Arnold Schoenberg dan Anton Webern. Serialisme mengetepikan harmoni fungsian dan melodi yang berasaskan tonaliti. Teknik atonal atau dodekafon ialah asas sistem serialisme. Gubahan karya serialisme bergantung pada satu barisan ton, iaitu susunan tetap semua 12 ton. Pic dan jeda baris ton asal atau deret dasar mempunyai 48 kemungkinan baris yang baru melalui empat cara, iaitu deret balikan, transposisi, deret mundur dan deret mundur balikan. Har­moni muzik serialisme adalah sangat bercanggah, gerakan melodi melompat-lompat atau disjunct. Teknik total seria­lisme dikaji dengan teliti oleh Berg, Webern, Messiaen, Babbitt, Boulez dan Stockhausen. Lihat juga karya dua belas ton.

 

 

12

Kembali ke atas