Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ri.ngan] | دريڠن

Definisi : bunyi berdering: ~ loceng basikal yg menjemukan semakin berkurang bila hari meningkat petang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ri.ngan] | دريڠن

Definisi : bunyi spt bunyi loceng, telefon, giring-giring dll: Dia terjaga apabila mendengar ~ jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deringan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan oleh Contoh soalan: 1. Abang terjaga oleh deringan jam loceng. 2. Abang terjaga dengan deringan jam loceng. Mana satu yang betul?Penggunaan yang betul ialah Abang terjaga oleh deringan jam loceng.Tatabahasa30.04.2019
Deringan telefon daripada bahagian sumber manusia @ deringan telefon dari bahagian sumber manusia.

Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama merujuk tempat dan ayat kedua merujuk sumber.

Tatabahasa14.09.2011
Pada keesokan pagi, deringan telefon daripada bahagian sumber manusia MAIN mengejutkan saya dariPertanyaan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula setelah melengkapkan pertanyaan saudara.Tatabahasa14.09.2011
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih.Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya.Tatabahasa10.09.2008

Kembali ke atas