Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang meng­alami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (di­tanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, pe­nang­gungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (per­buatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : ; ~ dapur sj tumbuhan (herba), cempaka hutan, menjulung bukit, Gom­phostemma crinitum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Dia menanggung ~ selepas kematian suaminya. menderita menanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~. penderitaan 1 hal atau keadaan menderita: ~ si ibu yg kehilangan tempat bergantung itu makin lama makin bertambah. 2 perkara yg diderita (kesusahan, kesakitan dll): Dia tidak sanggup lagi menanggung ~ itu. penderita 1 orang yg menderita. 2 frasa nama yg menjadi tujuan kata kerja transitif dlm ayat; objek: Dlm ayat “Dia memukul kucing”, “kucing” itu menjadi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derita


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
passion-play n lakon derita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suffering 2. (in pl) painful experience, troubles, etc, derita, penderitaan: she bore her ~s bravely, dia tabah menanggung deritanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Passion Week n ( formerly ) Holy Week, Minggu Derita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parting n 1. occasion of leave-taking, perpisahan, berpisah: she could not bear the pain of ~, dia tdk dapat menahan derita perpisahan; 2. (UK) line showing scalp when hair is parted, belah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inflictionn 1. act of inflicting, a. (suffering etc on so.) mengakibatkan, menyebabkan; ~ of pain on so., /menyakiti, menyakitkan/ sso; b. (penalty, punishment, fine, etc on so.) pengenaan, mengenakan: he hoped that the ~ of a heavy fine will have a deterrent effect, dia berharap pengenaan denda yg tinggi akan mencegah berlakunya kejadian itu lagi; 2. st inflicted, derita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas