Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[der.ma] | درما

Definisi : bantuan yg berupa wang (kpd per­kumpulan dll), pemberian yg ikhlas, sedekah (kpd orang miskin dll): pertunjukan amal itu ialah utk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir; ~ bakti bantuan yg dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan; ~ kilat derma yg dipungut dgn serta-merta utk sesuatu bantuan ke­cemasan; berderma, menderma memberi derma: Wan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit; mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: dia telah ~ sebahagian drpd gajinya utk anak-anak yatim; pendermaan perihal atau perbuatan men­dermakan: surat itu mengesahkan ~ yg telah diterima oleh pihak perkumpulan itu; penderma orang yg menderma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[der.ma] | درما

Definisi : pemberian yg ikhlas berupa wang dll kpd orang miskin; bantuan wang kpd kumpulan (yayasan dll): Orang kaya itu selalu memberikan ~ kpd anak-anak yatim. berderma memberikan derma: Dia telah ~ sebanyak seratus ringgit kpd pertubuhan itu. mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: Dia telah ~ kain bajunya kpd mangsa-mangsa banjir. pendermaan perbuatan atau hal mendermakan. penderma orang yg berderma atau yg mendermakan sesuatu. dermawan orang yg murah hati; orang yg suka atau selalu berderma. kedermawanan sifat dermawan atau kemurahan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat majmuk: i. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan. ii. Kempen Derma Hari Pahlawan menghargai jasa perwira negara. a. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan untuk menghargai jasa perwira negara. b. Kempen Derma Hari Pahlawan untuk menghargai jasa perwira negara akan diadakan. Jawapan mana satu lebih sesuai atau kedua-dua jawapan boleh diterima. Minta penjelasan, terima kasih.Kedua-dua jawapan bagi ayat majmuk yang telah diberikan tidak ada kesalahan dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
pungutan derma atau kutipan derma?Kedua-duanya ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat DBP.Istilah11.08.2014
Derma bagi mangsa-mangsa kebakaran itu masih dipungut seterusnya. Apa kesalahan ayat ini?Ayat yang gramatis ialah derma bagi mangsa-mangsa kebakaran itu masih dipungut.Tatabahasa30.07.2012
Subjek bagi ayat berikut ialah " wang" atau "wang pada saya"? (a) Wang pada saya ialah wang derma untuk tabung kebajikan.Untuk makluman, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Wang yang ada pada saya ialah wang derma untuk tabung kebajikan." Manakala, subjek bagi ayat tersebut ialah "wang" kerana yang hendak diceritakan dalam ayat tersebut ialah "wang".Tatabahasa22.12.2015
Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. munsyi, apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat ini? TKKumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. Perkataan bergaris ialah perkataan yang tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan penggunaan perkataan yang betul dan binaan ayat yang gramatis.Tatabahasa05.11.2014
Saya Telah menghantar lampiran berkenaan kain rentang kempen derma darah untuk disahkan pada 23/6/2015. Tetapi sehingga sekarang belum ada maklum balas dari pihak tuan. No. pendaftaran 25280/2015, kerjasama dari pihak tuan amat saya harapkan.Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain27.06.2015
Saya ingin memohon kebenaran untuk menggantung kain rentang dan poster kempen Derma Darah.Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", lampirkan visual dalam format jpeg atau gif untuk semakan kami.Tatabahasa16.10.2015
bagaimana nak membuat surat rasmi yang etul untuk membuat rayuan atau memohon dermaMaklumat  tentang penulisan surat rasmi boleh dirujuk dalam buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain25.07.2010
Adakah penggunaan kata sendi nama dalam ayat berikut betul... Keluarga Aiman hanya bergantung kepada derma orang ramai untuk menyara hidupnya.Penggunaan kata sendi dalam ayat tersebut adalah betulTatabahasa23.07.2019
Salam sejahtera. Saya memerlukan khidmat tuan/puan dalam memberikan pencerahan tentang perbezaan dari segi konteks pengguna dan prosedur yang berkaitan : i. memohon sumbangan vs memohon taja ii. memohon sumbangan vs memohon derma iii. bagi perkara (i) & (ii), yang manakah memerlukan prosedur kelulusan daripada pihak berkuasa? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

i. Taja bermaksud membiayai rancangan radio atau televisyen sebagai ganjaran masa tayangan iklan.
Sumbangan bermaksud sesuatu yang diberikan sebagai bantuan.
Derma bermaksud bantuan yang berupa wang atau  pemberian yg ikhlas, sedekah.

ii. Soalan tuan sudah keluar daripada bidang kepakaran kami iaitu perkhidmatan bahasa dan sastera. Mohon tuan dapat mengajukan soalan tersebut kepada pihak yang lebih arif.

Sekian, terima kasih.
Istilah28.10.2017
123

Kembali ke atas