Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[der.mis] | درميس

Definisi : lapisan kulit di bawah epidermis yg terdiri drpd tisu penghubung, salur darah, dan lemak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[der.mis] | درميس

Definisi : ist lapisan sebelah dalam kulit manusia atau haiwan yg terdiri drpd saluran darah, tisu pengikat dan lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dermis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 
KELOID

Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka

yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai

bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas

permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal

pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran

berlebihan tisu penghubung berserabut pada

dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul

selepas kulit cedera akibat laserasi atau

pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan

spontan. Keloid boleh dibuang melalui

pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula

beberapa minggu atau bulan kemudian.

UMUM 

Kembali ke atas