Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.sa.kan]/[de.sa/.kan] | دسقن

Definisi : 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.sa.kan]/[de.sa/.kan] | دسقن

Definisi : 1 permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2 tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3 dorongan (yg kuat): Dia belajar sungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATA DUA

Kata dua ialah satu cadangan ataupun desakan

terakhir yang dibuat oleh salah satu pihak yang

sedang berunding.

UMUM 
REVOLUSI 1848

Revolusi 1848 melibatkan satu siri

pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman,

dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali.

Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah

desakan untuk menubuhkan kerajaan

berperlembagaan; semangat nasionalisme yang

meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali,

Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum

petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan

tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman

dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ).

UMUM 
ALLPORT, GORDON W.

Allport, Gordon W. (1897–1967) ialah ahli

psikologi Amerika yang terkenal kerana

penyelidikannya mengenai sahsiah manusia. Allport

menentang idea yang menyatakan sahsiah

seseorang individu ialah satu ikatan desakan

fisiologi dan respons terlazim.

UMUM 
RIDA

RIDA, lembaga ekonomi untuk membantu masyarakat luar bandar. RIDA ialah singkatan Rural Industrial Development Authority atau Lembaga Kemajuan dan Perusahaan Kampung. RIDA ditubuhkan pada bulan November 1950 oleh British. RIDA ditubuhkan hasil desakan Dato’ Onn Jaafar, sebagai satu tukar ganti bagi memujuk orang Melayu melonggarkan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948 mengenai Kerakyatan Persekutuan, orang bukan Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu daripada keturunan yang telah menjadi rakyat raja-raja Melayu, diterima sebagai rakyat raja. Sebagai balasannya, British bersetuju menjadikan bantuan ekonomi kepada orang Melayu sebagai satu dasar pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru – guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959.

BAHASAInstitusi/Organisasi
SULTAN HUSIN SYAHSULTAN HUSIN SYAH (  ?  -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MANDAILING

MANDAILING, suku kaum Batak di Pulau Sumatera, Indonesia. Nama Mandailing berasal daripada perkataan ‘Mandala Holing’. Pada zaman dahulu, Manda Holing adalah sebuah kerajaan yang meliputi daerah Portibi di Padang Lawas hingga ke Pidoli dan Mandailing. Pusat pentadbiran kerajaan asalnya di Portibi, kemudian dipindahkan ke Piu Delhi (yang dikenal sebagai Pidoli) atas desakan kerajaan Majapahit.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas