Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.sén.tra.li.sa.si] | ديسينتراليساسي

Definisi : (déséntralisasi) perihal mem-beri kuasa yg lebih kpd kerajaan negeri (daerah) yg bersekutu oleh kerajaan pusat, pengagihan kuasa pusat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desentralisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decentralizationpemencaran (kuasa), desentralisasiSosiologiTiada2. Desentralisasi: Kaedah pengagihan semula fungsi dan aktiviti bandar atau wilayah daripada suatu pusat tumpuan kepada beberapa kawasan baharu.
administrative decentralizationdesentralisasi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah untuk mengurangkan pemusatan kuasa di tangan seseorang pentadbir atau satu-satu badan pentadbiran. Ia merupakan bentuk pembahagian tugas dan pembuatan keputusan yang diberikan kepada peringkat pentadbiran yang lebih rendah dalam organisasi. Rasional desentralisasi pentadbiran adalah untuk mengelak pemusatan kuasa di peringkat atasan. Ia juga menggambarkan penerapan nilai-nilai yang demokratik. Desentralisasi akan meningkatkan daya serta kualiti pengeluaran di samping mengurangkan rungutan pekerja. Amalan ini juga berpotensi melipatgandakan tingkat kerja, kerana semua fungsi yang perlu dalam pentadbiran akan mencapai keseimbangan. Sinonim pengagihkuasaan pentadbiran

decentralizationdesentralisasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKaedah pengagihan semula fungsi dan aktiviti bandar atau wilayah daripada suatu pusat tumpuan kepada beberapa kawasan baharu.
industrial decentralizationdesentralisasi industriEkonomiTiadaProses mengembangkan kawasan perindustrian termasuk ke kawasan yang kurang membangun.
industrial decentralizationdesentralisasi industriEkonomiTiadaTiada
marketing decentralizationdesentralisasi pemasaranEkonomiTiadaTiada
political decentralizationdesentralisasi politikPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah pentadbiran yang menurunkan kuasa daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dan tempatan. Usaha ini akan menjana kewibawaan pentadbiran di peringkat lokal apabila mereka memiliki autoriti sendiri untuk melaksanakan bidang kuasa. Pemencaran kuasa ini boleh menghasilkan kerja yang lebih cekap apabila kerajaan pusat tidak lagi dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Kerajaan tempatan seperti majlis daerah atau majlis perbandaran akan memainkan peranan penting bagi menguruskan hal ehwal mereka seperti urusan pengutipan cukai, kemudahan awam, infrastruktur, kebersihan, kesihatan dan perumahan.

decentralization of authoritydesentralisasi wibawaPentadbiranTiadaTiada
decentralization of industrydesentralisasi perindustrianEkonomiTiadaProses mengembangkan kawasan perindustrian termasuk ke kawasan yang kurang membangun.
decentralization of industrydesentralisasi perindustrianEkonomiTiadaTiada
12

Kembali ke atas