Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[des.tar] | دستر

Definisi : setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala: ~ beranting-anting; ~ berapi-api destar utk penari-penari; ~ bertatah destar yg disematkan perhiasan; ~ hitam berkotak destar utk penghulu adat; ~ pelangi destar yg beraneka warna; ~ tebu setuntung dll; ~ habis, kopiah luluh prb perihal menang­gung kerugian (kesusahan dll) yg besar (berat dll); ~ hancur, kopiah hancur prb perihal perbuatan yg kurang hemat; berdestar memakai destar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[des.tar] | دستر

Definisi : kain (ikat) kepala; tanjak; tengkolok: Pengantin lelaki itu kelihatan lebih kacak dgn memakai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata destar

Peribahasa

Harap lenggang serdadu,
     destar teleng,
belanja kurang.

Bermaksud :

Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"?Salam sejahtera,

TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita

TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar.


Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna12.08.2017
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi.
2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya.
3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.
4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama.
5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu.
 Ayat-ayat di atas betul.
6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat.
7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita.
Tatabahasa14.04.2015

Kembali ke atas