Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.ték.tif] | ديتيکتيف

Definisi : (détéktif) pegawai polis yg menyiasat kejadian jenayah, mata-mata gelap; cerita (roman) ~ cerita bkn penyiasatan jenayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.ték.tif] | ديتيکتيف

Definisi : /detéktif/ mata-mata yg mencari rahsia; mata-mata gelap; polis rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata detektif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CERITA DETEKTIF UMUM 
SAYERS, DOROTHY

Sayers, Dorothy (1893–1957) ialah pengarang

Inggeris dan penulis cerita detektif yang terkenal

pada tahun 1900-an. Karyanya yang paling terkenal

ialah kisah Lord Peter Wimsey, iaitu detektif amatur

yang hebat dan terpelajar.

UMUM 
SIMENON, GEORGES

Simenon, Georges (1903–1989) ialah

pengarang kelahiran Belgium yang mencipta

watak cereka detektif, Jules Maigret, yang

berpangkat inspektor dalam pasukan polis Paris.

Simenon menulis sebanyak 102 novel dan cerpen

yang sesuai dengan watak Maigret.

UMUM 
DOYLE, SIR ARTHUR CONAN

Doyle, Sir Arthur Conan (1859–1930), penulis

British, mencipta Sherlock Holmes, watak detektif

yang paling terkenal.

UMUM 
ORCZY, BARONESS

Orczy, Baroness (1865–1947) ialah penulis

kelahiran Hungary yang dikenali terutamanya

kerana novelnya yang penuh dengan kisah

pengembaraan dan cerita detektif. Dia juga

menulis beberapa buah drama.

UMUM 
BOW STREET RUNNERS

Bow Street runners ialah sekumpulan detektif

berbayar yang pertama di Britain.

UMUM 
ELLERY QUEEN

Ellery Queen ialah nama pena bagi dua orang

sepupu berbangsa Amerika iaitu Frederic Dannay

(1905–1982) dan Manfred B. Lee (1905–1971), yang

menjadi penulis cerita detektif yang berjaya.

UMUM 
DOYLE, ARTHUR CONAN

Doyle, Arthur Conan (1859-1930), penulis British dan pencipta watak detektif yang terkenal di dunia, Sherlock Holmes. Doyle dilahirkan pada 22 Mei 1859 di Edinburgh, Scotland.

SASTERATokoh
SHEPARD, SAM

Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan

pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal

menggambarkan masyarakat Amerika sebagai

mati, merosot, atau mengalami kemusnahan.

Kebanyakan karya Shepard menggabungkan

simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan

popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita

detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam

beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven

(1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan

Country (1984).

UMUM 
CHRISTIE, DAME AGATHA

Christie, Dame Agatha (1890–1976) ialah

penulis cerita detektif Inggeris.

UMUMUmum
12

Kembali ke atas