Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.ten.te] | ديتنتى

Definisi : (détente) (Perancis) pengenduran ketegangan (konflik dll) antara negara-negara dlm hubungan antarabangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata detente


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detentedetenteSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat peredaan ketegangan
detenteperedaan keteganganSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar pengurangan ketegangan yang digunakan antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat semasa Perang Dingin. Dasar ini dipelopori oleh Presiden Richard Nixon dalam menghadapi negara berfahaman komunis. Dasar ini berbeza dengan dasar pembendungan yang diamalkan sebelum ini. Dasar ini telah memulihkan hubungan baik antara Amerika Syarikat dengan China, dan kemuncaknya ialah lawatan pertama Presiden Richard Nixon ke China. Sinonim detente.
Helsinki ProcessProses HelsinkiSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan diplomatik yang ditandatangani di Helsinki pada tahun 1975. Persetujuan ini terhasil daripada rumusan Persidangan Keselamatan dan Kerjasama Eropah yang merupakan titik tolak kepada detente antara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persidangan ini bermula pada tahun 1972, iaitu atas inisiatif Kesatuan Soviet dan berakhir pada tahun 1975. Perjanjian ini dikenali juga sebagai Akta Akhir Helsinki yang dibahagikan kepada empat bakul. Bakul pertama, meliputi persoalan keselamatan di Eropah dan Mediterranean. Bakul kedua, merujuk kepada persetujuan mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi, sains, teknologi dan alam sekitar. Bakul ketiga pula berkaitan dengan hal kemanusiaan, hak asasi manusia, kebudayaan, pendidikan, dan kebebasan rakyat untuk menyebarkan idea dan maklumat di Eropah. Bakul keempat pula membuka ruang kepada penyemakan persidangan bagi pemantauan kemajuan yang dicapai dalam bidang yang tersebut serta kelangsungan kerjasama pelbagai hala.

Kembali ke atas