Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata detergen;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detergendetergenKimiaTiadaBahan atau campuran yang bertindak sebagai agen pembersih secara pengurangan tegangan permukaan, pembasahan, pengemulsian, penyerakan, dan pembentukan busa. Bahan yang biasa digunakan untuk membuat detergen ialah garam natrium daripada asid lemak, seperti natrium stearat dan natrium lauril sulfat. Misalnya, sabun.
soft detergentdetergen lembutBiologiEkologiDetergen yang boleh terurai secara biologi. Pengggunaan detergen ini lebih digalakkan untuk mengurangkan pencemaran air.
synthetic detergentdetergen sintetikKejuruteraanTiadaDetergen daripada asid kuat seperti alkil benzen sulfonat yang boleh mencuci dengan baik dan tidak membentuk garam tak boleh larut dengan ion liat. Detergen ini tidak mudah merosot dan kerap menimbulkan masalah kualiti air.
synthetic detergentdatergen sintetikKimiaTiadaBahan yang mempunyai tindakan pembersih tetapi tidak diterbitkan terus daripada asid lemak. Detergen sintetik ialah egen aktif permukaan, dan mempunyai kumpulan tak berkutub di satu hujungnya. Kumpulan berkutub detergen sintetik biasanya terdiri daripada natrium sulfonat atau natrium sulfat. Detergen sintetik lebih baik daripada detergen biasa kerana dapat bertindak baik dengan air liat.
non-ironic detergentdetergen tanpa besiPentadbiran PerniagaanTiadaSiri detergen yang molekulnya tidak mengion dalam larutan akueus.
acid-detergent fiber (ADF)serabut detergen asidVeterinarTiadaKomponen yang mengandungi selulosa, lignin dan silika. Komponen ini merupakan residu selepas bahan makanan diekstrak menggunakan detergen asid. Proses pengekstrakan melibatkan perebusan bahan makanan dalam natrium lauril sulfat selama satu jam. Kaedah ini merupakan sebahagian daripada prosedur analisis serabut berdasarkan kaedah Van Soest bagi menilai mutu sumber makanan ternakan. Antara jenis makanan ternakan yang dianalisis ialah foraj, bahan berserabut atau bahan sampingan pertanian. Pada umumnya, makanan yang mengandungi aras serabut detergen asid yang tinggi mempunyai kebolehcernaan yang rendah.
detergentdetergenSosiologiTiadaAgen pembersih sintetik yang menyerupai sabun dalam kebolehannya untuk mengemulsi minyak dan memerangkap kekotoran, dan mengandungi bahan permukaan yang tidak mendak dalam air keras.
detergentdetergenKimiaTiadaAgen pembersih sintetik yang menyerupai sabun dalam kebolehannya untuk mengemulsi minyak dan memerangkap kekotoran, dan mengandungi bahan permukaan yang tidak mendak dalam air keras.
detergentdetergenPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
detergentdetergenBiologiEkologiBahan pencuci sintetik yang mengurangkan tegangan permukaan air, mengemulsi minyak, dan memegang daki dalam ampaian. Ahli-ahli kaji sekitaran mengkritik bahan pencuci kerana bahan ini mengandungi fosforus yang boleh menyebabkan pengeutrofikatan aliran air. Misalnya, sabun.
123456

Kembali ke atas