Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ti/] | دتيق

Definisi : 1. bunyi spt bunyi jam dll; ~ jantung a) bu­nyi denyut jantung; b) ki getaran hati (kal­bu); ~- detak khabar (berita); 2. saat (minit), waktu atau masa (yg singkat sekali): akhirnya orang tua itu kembali tenang setelah ter­me­nung beberapa ~; 3. waktu, masa (secara am): 31 Ogos merupakan ~ yg bersejarah bagi rakyat Malaysia; berdetik 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otak­nya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya; terdetik 1. berbunyi detik; 2. ki terdengar (diketahui, diberitakan, dll): sekarang ~ pula berita-berita yg mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi; terdetikkan dapat terdetik: kenikmatan Firdaus yg tidak pernah ~ dlm hati manusia; detikan detik (jam, jantung, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ti/] | دتيق

Definisi : 1 bunyi spt bunyi jalan jam dll: Bilik itu sungguh sunyi hingga terdengar ~ jam tangannya. 2 waktu yg sangat singkat; saat (  minit): Masa berjalan ~ demi ~ tetapi ibunya masih belum keluar dr bilik pembedahan. 3 ketika; waktu: Itulah ~ yg paling bersejarah dlm hidupnya. 4 kata (dlm hati). berdetik 1 berbunyi spt bunyi jalan jam dll. 2 berdebar (bkn hati, perasaan): Hatinya ~ dan risau ketika menunggu kepulangan adiknya. detikan bunyi detik (jam, jantung dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata detik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ada soalan berkenaan pengunaan elipsis bersama tanda baca:- 1) Adakah perlu untuk diberikan 'spacing' sebelum elipsis (cth: "ke detik itu ...")? 2) Adakah perlu diberikan 'spacing' selepas elipsis dan sebelum tanda baca (cth: "ke detik itu ... ." atau "ke detik itu ... ?") atau dirapatkan elipsis dan tanda baca (cth: "ke detik itu ....") Terima kasih.Selamat ptg.

Jawapan 1. Tidak perlu.
Jawapan 2. ke detik itu... ?

Sekian, terima kasih.
 
Tatabahasa01.06.2016
Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik.

Saudari Succy,

Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau
jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi'

Makna20.09.2012
Meminta jasa baik dan pendapat dari pihak DBP berkenaan cogan kata (tagline) untuk iklan terbaharu Coca-Cola. 3 cadangan seperti di bawah, untuk rujukan dan semakan pihak DBP. Oleh yang demikian, cogan kata yang manakah paling sesuai untuk digunakan - berdasarkan penggunaan tatabahasa/ bahasa melayu yang betul. 1. Resipi Sebuah Detik Keajaiban 2. Resipi Detik Keajaiban 3. Resipi KeajaibanCogan kata atau slogan yang sesuai digunakan mengikut aspek bahasa iklan ialah "Resipi Detik Keajaiban" dan "Resipi Keajaiban". Tatabahasa23.05.2023
one day countdown labour dayPenyiaran detik satu hari ke Hari BuruhIstilah02.03.2011
Salam sejahtera. Mohon nasihat tuan mengenai ayat yang berikut: Detik kepulangan yang dinanti-nantikan kini lebih meriah di Hari Raya.Tiada masalah dengan ayat tersebut.  Cuma tukar perkataan di Hari Raya kepada pada Hari Raya.Karya09.06.2014
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seperti pada halaman 346,pada kata nama 'detik' yg berimbuhan 'terdetikkan', penggunaan ejaan seperti nama-nama syurga dimulakan dengan huruf kapital. Adakah penggunaan khusus bagi nama-nama syurga dan neraka itu menggunakan kapital pada pangkalnya?Nama-nama syurga dan neraka tergolong dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.Tatabahasa02.06.2008
Saya hendak mencari buku.Tajuk buku-buku yang hendak saya cari itu ialah Detik Sejarah Rundingan Baling(Wan Hamzah Awang 1985),Pentadbiran Tentera Jepun dan Thailand di Terengganu 1942-1945(Abdullah Zakaria 1996),Perang Gerila Force 136(Dr.Wan Hashim Haji Wan Teh) dan Darurat di Terengganu1948-1960(Osman Mamat).Tolong bagi cadangan di mana saya boleh dapatkan buku-buku ini.Terima Kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (ahli perpustakaan). Buku tersebut ada di lokasi pinjaman. Saudara boleh datang untuk membuat rujukan dan pinjaman bahan di Pusta Dokumentasi Melayu. 

 

Lain-lain05.08.2010
Adakah penggandaan boleh digunakan dua kali dalam satu ayat? Contohnya"Jam di dinding berdetik-detik pada tiap-tiap minit."Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan.Tatabahasa12.04.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah exam countdown?Terjemahan bagi exam countdown ialah "kira detik peperiksaan"Penyemakan dan penterjemahan15.12.2022
Mengapakah sesuatu perkataan itu berubah mengikut peredaran zaman ?
Sesuatu perkataan itu berubah mengikut peredaran zaman kerana kata dalam sesuatu bahasa itu hidup bersama-sama penuturnya. Penggunaan kata dalam sesuatu bahasa amat bergantung kepada masyarakat penutur atau penggunanya. Terdapat perluasan makna atau penyempitan makna berlaku setiap detik, hari, bulan, tahun, zaman dan sebagainya, mengikut konteks dan situasi kata bahasa itu dituturkan/digunakan. Pelbagai proses berlaku dalam perkembangan bahasa, termasuklah peminjaman dan penyerapan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia, kamus-kamus, glosari dan daftar istilah, buku-buku dan terbitan lain yang membekalkan maklumat tentang perkembangan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
Lain-lain16.11.2023
12

Kembali ke atas