Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ti/] | دتيق

Definisi : 1. bunyi spt bunyi jam dll; ~ jantung a) bu­nyi denyut jantung; b) ki getaran hati (kal­bu); ~- detak khabar (berita); 2. saat (minit), waktu atau masa (yg singkat sekali): akhirnya orang tua itu kembali tenang setelah ter­me­nung beberapa ~; 3. waktu, masa (secara am): 31 Ogos merupakan ~ yg bersejarah bagi rakyat Malaysia; berdetik 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otak­nya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya; terdetik 1. berbunyi detik; 2. ki terdengar (diketahui, diberitakan, dll): sekarang ~ pula berita-berita yg mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi; terdetikkan dapat terdetik: kenikmatan Firdaus yg tidak pernah ~ dlm hati manusia; detikan detik (jam, jantung, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ti/] | دتيق

Definisi : 1 bunyi spt bunyi jalan jam dll: Bilik itu sungguh sunyi hingga terdengar ~ jam tangannya. 2 waktu yg sangat singkat; saat (  minit): Masa berjalan ~ demi ~ tetapi ibunya masih belum keluar dr bilik pembedahan. 3 ketika; waktu: Itulah ~ yg paling bersejarah dlm hidupnya. 4 kata (dlm hati). berdetik 1 berbunyi spt bunyi jalan jam dll. 2 berdebar (bkn hati, perasaan): Hatinya ~ dan risau ketika menunggu kepulangan adiknya. detikan bunyi detik (jam, jantung dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata detik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curtain linedialog penutupKesenianDrama dan TeaterDialog yang diucapkan oleh watak yang memberikan kesimpulan kepada keseluruhan cerita sesebuah drama. Dialog ini biasanya diucapkan pada penghujung atau pada detik-detik sebelum berakhirnya sesebuah drama.
countdownkira detikAeroangkasaTiada2. Pengiraan masa secara songsang bagi menentukan detik permulaan pelancaran.
countdown sequencerpenjujuk kira detikAeroangkasaTiadaSistem komputer yang mengawal pengiraan detik pelancaran secara songsang.
turning pointdetik perubahanKesenianDrama dan TeaterTitik perubahan atau peralihan peristiwa dalam plot drama yang boleh berlaku sebelum aksi meningkat atau aksi menurun. Aksi atau peristiwa akan menentukan perubahan besar dalam plot. Detik perubahan boleh menukar kepantasan peristiwa dan arah peristiwa.
crisiskrisisKesusasteraanTiadaDetik yang berlaku dalam naratif atau drama apabila terjadi pertembungan dengan pihak yang bertentangan sehingga ketegangan mencapai tahap tertinggi. Crisis dalam bahasa Yunani bermaksud keputusan. Pada tahap ini, watak yang terlibat, khususnya watak protagonis terpaksa membuat pilihan yang penting yang mungkin melibatkan soal hidup mati. Contohnya, pilihan yang perlu dibuat apabila Hang Tuah (protagonis) dititahkan oleh Sultan Melaka untuk membunuh Hang Jebat (antagonis) dalam Hikayat Hang Tuah. Berikutan detik ini, peleraian atau resolusi biasanya menyusul. Sesebuah naratif atau drama boleh mengandungi lebih daripada satu krisis. Umpamanya, novel dan cerpen, Novel mampu menampung lebih daripada satu krisis, tetapi cerpen biasanya mengandungi satu krisis kerana kesuntukan ruang. Lihat juga peleraian, protagonis, struktur dramatik.
clock tickdetik jamKejuruteraanTiadaTiada
aesthetic momentdetik estetikKesusasteraanTiadaTiada
countdownkira detikUmumTiadaTiada
preferred spot (rtv)detik istimewaKomunikasiPencetakanTiada
preferred spot (rtv)detik istimewaKomunikasiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas