Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wa] | ديوا

Definisi : (déwa) 1. sesuatu yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia, yang-yang: membakar colok utk memuja ~; 2. ki orang (sesuatu) yg dipuja-puja: wang juga akan ~nya; ~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas; mendewakan, mendewa-dewakan, mem­­­­per­dewakan memuja-muja spt dewa: masih banyak lagi pegawai kerajaan yg mendewa-dewakan bahasa Inggeris; kedewaan 1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman) dewa-dewa; pendewaan perihal atau perbuatan men­dewakan: ~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wa] | ديوا

Definisi : /déwa/ 1 roh yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa atas alam dan manusia. 2 ki seseorang atau sesuatu yg dipuja-puja: ~ pujaannya ialah penyanyi kacak itu. mendewakan memuja-muja spt memuja dewa: Masih ada beberapa orang Melayu yg ~ bahasa Inggeris. kedewaan sifat-sifat dewa; mengenai dewa. pendewaan hal atau perbuatan mendewakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewa

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POSEIDON

Poseidon ialah dewa laut, dewa gempa bumi dan

dewa kuda orang Yunani. Orang Rom menganggap

Poseidon sama dengan dewa Neptune mereka.

Poseidon merupakan anak kepada Rhea dan

Cronus, dari keturunan dewa-dewa yang digelar

Titan. Dewa Zeus dan Hades merupakan saudara

kandung Poseidon. Apabila ketiga-tiga bersaudara

ini mengundi untuk membahagikan alam sejagat,

Poseidon mendapat laut sebagai kawasan di bawah

penguasaannya, Zeus mendapat syurga dan Hades

mendapat alam ghaib. Ketiga-tiga bersaudara ini

memerintah bumi, tetapi Zeus yang menguasai

keseluruhannya.

UMUM 
TITAN

Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi

Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam

bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi

seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu,

mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini

hanyalah satu kekosongan yang dipanggil “Chaos”.

Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi.

Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan

Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian

berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus

mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang

paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin

dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus

menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala

dewa.

UMUM 
ELOHIM

Elohim ialah perkataan Ibrani yang bermaksud

dewa-dewa, atau Tuhan, bergantung pada konteks

penggunaannya.

UMUM 
SISYPHUS

Sisyphus ialah pengasas kota Corinth dalam

mitologi Yunani. Dia adalah penipu yang terkenal

yang sanggup memperdayakan dewa-dewa

sekalipun.

UMUM 
TANTALUS

Tantalus ialah raja Lydia dalam mitos Yunani.

Baginda adalah putera kepada Zeus dan dewi Pluto.

Tantalus dihukum kerana membunuh puteranya

Pelops dan mempersembahkannya kepada dewa-dewa

sebagai makanan. Pelops kemudiannya telah

dihidupkan semula. Di Hades, dunia orang yang

telah mati, Tantalus dipaksa berdiri di bawah batu-batu

yang bergantungan dengan dirinya terendam

di dalam air hingga ke paras dagunya. Apabila

baginda cuba minum, air itu akan hilang. Terdapat

buah-buahan bergantungan dari dahan yang berada

di atasnya. Tetapi apabila baginda cuba

memakannya, angin kuat akan meniup dahan itu

hingga baginda tidak dapat mencapainya. Dalam

bahasa Inggeris, perkataan tantalize yang bermakna

mengusik atau menyeksa, diambil daripada nama

Tantalus.

UMUM 
PRIAM

Priam dalam mitologi Yunani, ialah raja terakhir

Troy dan pemerintah kota tersebut sewaktu Perang

Trojan dengan Yunani. Dia terkenal kerana

kebaikannya, kemuliaan dan rasa hormatnya kepada

dewa-dewa. Isteri Priam ialah Hecuba (atau Hecube).

Priam mempunyai 50 orang anak lelaki dan 50 orang

anak perempuan bersama-sama Hecuba dan

perempuan-perempuan lain. Anaknya yang terkenal

ialah putera Hector dan Paris serta puteri Cassandra.

UMUM 
NIKE

Nike ialah salah satu dewa yang paling tua antara dewa-dewa dalam kepercayaan Yunani purba.

SUKANTokoh
RE

Re, juga dieja Ra, ialah dewa matahari dalam

mitologi Mesir. Re ialah dewa yang popular dan

sering dikumpulkan bersama dewa Mesir yang

lain. Oleh itu, dia sering kali digambarkan dalam

pelbagai bentuk. Dewa matahari sering

digambarkan sebagai sebuah cakera matahari

yang ringkas. Dia juga muncul sebagai seorang

kanak-kanak yang keluar dari sekuntum bunga

teratai, dan sebagai seekor burung, singa, dan

kucing.

UMUM 
ODIN

Odin ialah ketua dewa dalam mitologi Norse. Dia

juga dinamakan Wotan. Odin menjadi pemerintah

alam semesta selepas dia dan kedua-dua abangnya,

Ve dan Vili, membunuh gergasi ais Ymir, makhluk

bernyawa yang pertama. Dari badan Ymir yang besar

itu, mereka mencipta Midgard, iaitu bumi; dan mula

membina Asgard, tempat tinggal dewa-dewa.

UMUM 
MITHRA

Mithra ialah dewa bagi puak Arya yang tinggal di

Parsi purba. Mithra yang juga dikenali sebagai

Mithras, ialah tuhan yang sama seperti Mitra, dewa

matahari yang wujud dalam kitab purba Hindu,

Vedas. Menurut tradisi agama Zoroastrian, Mithra

ialah dewa cahaya yang berkait rapat dengan

matahari. Mithra dikatakan sekutu dewa Ahura

Mazda. Di bawah pimpinan Ahura Mazda, Mithra

dan dewa lain berperang melawan Angra Mainyu,

dewa Zoroastrian yang jahat (lihat

Zoroastrianisme).

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas