Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wa] | ديوا

Definisi : (déwa) 1. sesuatu yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia, yang-yang: membakar colok utk memuja ~; 2. ki orang (sesuatu) yg dipuja-puja: wang juga akan ~nya; ~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas; mendewakan, mendewa-dewakan, mem­­­­per­dewakan memuja-muja spt dewa: masih banyak lagi pegawai kerajaan yg mendewa-dewakan bahasa Inggeris; kedewaan 1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman) dewa-dewa; pendewaan perihal atau perbuatan men­dewakan: ~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wa] | ديوا

Definisi : /déwa/ 1 roh yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa atas alam dan manusia. 2 ki seseorang atau sesuatu yg dipuja-puja: ~ pujaannya ialah penyanyi kacak itu. mendewakan memuja-muja spt memuja dewa: Masih ada beberapa orang Melayu yg ~ bahasa Inggeris. kedewaan sifat-sifat dewa; mengenai dewa. pendewaan hal atau perbuatan mendewakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewa

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
betara1. sl dewa: dewa-dewa dan ~; 2. gelaran utk dewa atau raja: ~ Bisnu; ~ Majapahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
yang II= yang-yang dewa; beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat; kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
beryang-yangmembaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pujasj upacara penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll); pesta ~ umur pesta utk mem­peringati hari jadi; ~ puji berbagai-bagai macam puja dan puji; memuja 1. memuliakan dewa-dewa dll dgn membakar dupa (membaca mantera dll); ~ berhala menyembah berhala; istiadat ~ pantai istiadat dlm perayaan pantai di Kelantan; 2. = memuja-muja mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan, menyanjung­nyanjung, mencintai (menyukai) sangat: hati wanita memang suka diistimewakan dan dipuja; ~ dunia memuliakan atau menyan­jung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan, dll) dgn melupakan akhirat (agama); ~-muji memuja-muja; 3. Jw sl menjadikan sesuatu dgn membaca mantera (cipta); pujaan 1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~; puja-pujaan sesuatu yg dipuja-puja: mereka tidak perlu kpd ~; pemujaan 1. penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll), pujaan: sesungguhnya arak, judi, dan ~ berhala adalah perbuatan yg berunsurkan syaitan; 2. tempat memuja (kuil dll); pemuja orang yg memuja.Kamus Dewan Edisi Keempat
dewata(déwata) sl 1. dewa; dewa ~ = Sang yg ~ sl peri yg berkuasa; D~ Mulia raya sl dewa yg tertinggi; 2. perihal (bersifat) dewa; burung (manuk, paksi, unggas) ~ sl burung cen­de­rawasih; mendewatakan mendewakan; kedewataan kedewaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
yang II, = yang-yang dewa. beryang-yang memuja dewa-dewa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
indera1. = Betara I~ dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu); 2. sl sj dewa-dewa yg kurang tinggi martabatnya: beroleh selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan ~; 3. sl raja atau kerajaan; mahkota ~ mahkota raja; pulau ~ pulau tempat tinggal raja-raja; Pulau I~ Sakti sebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak); 4. gelaran orang besar-besar negeri; Dato’ Maharaja I~ gelaran orang besar-besar negeri Perak; keinderaan inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhalapatung dewa-dewa; menyembah ~ menyembah patung; memberhalakan memuja, mendewakan: kalau aku cintakan tanah air, maka bukanlah aku ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
beryang-yangmemuja dewa-dewa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memuja1 menghormati dewa-dewa dll dgn mengadakan upacara tertentu: Ada kaum kafir yg ~ berhala dan ada pula yg ~ matahari. 2 membaca mantera atau jampi utk mendapatkan sesuatu: ~ buaya membaca mantera supaya buaya dpt dikuasai. 3 memuliakan atau menghormati sesuatu berlebih-lebihan; menyanjung; mencintai: ~ wang terlalu sangat mementingkan wang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas