Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wan] | ديوان

Definisi : /déwan/ 1 balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2 badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah bidang kuasa Munsyi Dewan? Adakah seseorang MD hanya boleh menjawab kemusykilan bahasa bersandarkan Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Gaya Dewan sahaja? Benarkah MD tidak boleh menjawab/merungkai kemusykilan secara peribadi? Hal ini saya nyatakan demikian kerana walaupun banyak MD yang ada dalam grup media sosial, seperti grup Telegram BM SPM, tetapi tidak menampilkan diri untuk meleraikan kemusykilan bahasa yang diketengahkan oleh guru-guru bahasa Melayu. Adakah hal ini di luar bidang kuasa MD? Hamba menantikan balasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Munsyi Dewan ialah pakar bidang, penceramah dan fasilitator yang ditauliahkan oleh DBP untuk membantu DBP mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan tenaga pengajar/pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia dan berperanan membantu fungsi DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Seseorang Munsyi Dewan (Bahasa) perlu menjadikan bahan rujukan bahasa terbitan DBP yang sahih dan bersesuaian dengan konteks untuk menjawab segala isu bahasa yang diutarakan. Selaras dengan peranan Munsyi Dewan (Bahasa) sebagai pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia, Munsyi Dewan (Bahasa) berperanan membantu merungkaikan permasalahan atau kemusykilan bahasa sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berdasarkan panduan dan pegangan  standard yang dikeluarkan oleh DBP.

Lain-lain05.04.2023
hello seamstress petang saya ada personal mengenai di bawa , apakah 1. Sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka.? 2. Fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka.? 3. Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.?Salam sejahtera,

Maklumat Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, maklumat korporat mengenai sejarah dan fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bolehlah dirujuk melalui laman sesawang DBP, iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/2?mid=22

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain09.07.2022
hello selamat petang saya ada personal mengenai di bawa , apakah 1. Sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka.? 2. Fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka.? 3. Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.?Salam sejahtera,

Maklumat Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, maklumat korporat mengenai sejarah dan fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bolehlah dirujuk melalui laman sesawang DBP, iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/2?mid=22

Sekian, untuk pemakluman.

Lain-lain09.07.2022
Lebaran diertikan Kamus Dewan Perdana hanya untuk Hari Raya Puasa. Kamus Dewan Ke-4 menyertakan Lebaran untuk Hari Raya Haji juga. Adakah Lebaran hanya untuk 1 Syawal?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana maksud lebaran ialah hari yang dimuliakan dan dirayakan oleh umat Islam pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah, setelah selesai berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, dan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kata lainnya Aidilfitri, Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.

Jika Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha disebut Lebaran Besar atau Lebaran Haji di Indonesia.
Makna05.04.2024
Menurut Tatabahasa Dewan, "mengenai" ialah kata kerja yang tidak boleh digunakan sebagai kata sendi nama. Namun dalam Kamus Dewan Perdana, "mengenai" diberikan pengelasan kata sendi nama, mengapakah terdapat percanggahan?Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008; 278) kata kerja "mengenai" disamakan dengan "tentang" yang berfungsi sebagai kata sendi nama. Pada halaman 402 pula dalam naskhah yang sama menyatakan bahawa unsur keterangan hal dalam frasa kerja, terdiri daripada kata sendi nama ialah tentang, mengenai dan terhadap. Pada halaman xxxvii pula menyatakan kata kerja mengenai yang bertugas sebagai kata sendi nama dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama tentang.

Maka, perakaman kata terbitan mengenai dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1044) tidak bercanggah dengan Tatabahasa Dewan. Pemecahan makna adalah mengikut fungsi kata tersebut dalam penggunaannya dan kelas/golongan kata kerja juga dirakamkan mengikut konteks dan contoh penggunaan kata tersebut. Selain daripada berfungsi sebagai kata sendi nama, kata mengenai diberikan lima pecahan makna yang berkelas kata kata kerja transitif berserta maklumat kata pasifnya.
Tatabahasa19.06.2023
Assalamualaikum. Boleh saya tahu di mana terdapatnya koleksi Majalah Dewan Sastera yang lepas-lepas? Contohnya Majalah Dewan Sastera yang memuatkan laporan penuh panel untuk pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011. Terima kasih

Majalah Dewan Sastera yang lepas dan terkini terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan dijilidkan mengikut tahun.  Tuan/Puan boleh membuat permohonan  salinan artikel yang diperlukan melalui e-mel: khidmat1@dbp.gov.my.

Lain-lain09.12.2022
Selamat Sejahtera, bolehkah saya mendapatkan maklutmat berikut berkaitan dengan Kamus Dewan Edisi Ke-1 hingga Ke-4 1) Bilangan Entri 2) Sistem Ejaan Sekian Terima Kasih1. Bilangan Entri Kamus:
  • Kamus Dewan (1970) - 68157 entri/subentri
  • Kamus Dewan (1984) - 69057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - 71057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - 77057 entri/subentri 
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 82900 entri/subentri

2. Sistem Ejaan:
  • Kamus Dewan (1970) - sistem ejaan Rumi lama
  • Kamus Dewan (1984) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Melayu sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - Sistem Ejaan Rumi berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (2001)
3. Terbitan terkini:
  • Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) - 120 000 entri/subentri yang berpandukan Sistem Ejaan Rumi, Pedoman Umum Ejaan Jawi dan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terkandung di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008, 2016), dan memanfaatkan data korpus dalam penyusunan entrinya.
Lain-lain08.03.2022
Dalam Kamus Dewan 4, saya hanya dapat mencari perkataan penaksiran. Tetapi perkataan pentaksiran sudah digunakan dengan begitu meluas sekali. Adakah pihak DBP akan mengemas kini Kamus Dewan untuk memasukkan pentaksiran ke dalam Kamus Dewan atau pentaksiran memang telah disalahgunakan. Terima kasihKata "pentaksiran" sinonim dengan kata "penaksiran". Kedua-dua perkataan ini telah direkodkan di dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) Cetakan Kedua 2021, muka surat 2220.Makna15.05.2022
Apakah perbezaan sangka/sangkaan dan jangka/jangkaan?
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka maksud "sangka" ialah pendapat atau kesimpulan yang dibuat berdasarkan tekaan atau agakan terhadap sesuatu perkara atau perasaan syak atau curiga pada seseorang. Kata "sangkaan" pula bermaksud apa-apa yang disangka atau perasaan syak atau curiga terhadap sesorang.  Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Pada sangkanya, dia sangat bergembira, tetapi rupanya tidak.
2. Setelah melihat kemewahan hidupnya, timbul rasa sangkaku terhadapnya.
3. Sangkaan mereka ada musuh yang datang menyerang tempat itu. 
4. Teman-temannya menaruh sangkaan kepadanya. 

Manakala "jangka" pula bermaksud  tempoh masa yang telah ditetapkan panjangnya atau tempoh masa bagi sesuatu usaha, rancangan dan sebagainya. Kata "jangkaan" pula bermaksud sesuatu yang dijangka atau sesuatu yang diharapkan berlaku. Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Kuala Terengganu bertukar wajah dalam jangka lima tahun.
2. Jangkaan perbelanjaan bagi projek tersebut ialah RM25,000.00.
3. Cabaran besar bagi ahli dan parti politik adalah memantapkan integriti dalam menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna15.07.2023
Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
12345678910...

Kembali ke atas