Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wan] | ديوان

Definisi : /déwan/ 1 balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2 badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewan


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hokhaq[h/.hA)Ö]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang berkelakuan tidak senonoh; loklaq.Jangan dok hokhaq dalam dewan, malu kat orang laen.[dZA.NAn do/ h/.hA)Ö dA.lAm dE.wAn mA.lu kAt .ÒAN lAen]Jangan berkelakuan tidak senonoh di dalam dewan, malu pada orng lain.
celet[tSE.lEt]kata kerjamenanggalkan kotoran yang melekat sedikitSat gi masa hang nak masok dewan, hang celet kasut hang kat rumput.[sAt gi mA.sA hAN nA/ mA.so/ dE.wAn hAN tSE.lEt kA.sut hAN kAt Òum.put]Nanti semasa awak hendak masuk dewan, awak celet kasut di rumput.
ngungam-ngungam[Nu.NAm.Nu.NAm]kata adjektifberkenaan dengan bunyi bising daripada percakapanMasa dia dok berucap orang kat belakang dewan dok ngungam- ngungam.[mA.sA di.jA do b«.Òu.tSAp o.ÒAN kAt b«.lA.kAN dE.wAn do Nu.NAm.Nu.NAm]Semasa dia sedang berucap orang di belakang dewan bising.

Kembali ke atas