Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wan] | ديوان

Definisi : /déwan/ 1 balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2 badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN PERWAKILAN

Dewan Perwakilan ialah salah satu daripada

dua badan penggubal undang-undang bagi

kebanyakan perundangan. Dewan perundangan

yang lagi satu dikenali sebagai dewan senat

atau dewan pertuanan, dan dewan perwakilan

adalah yang terbesar antara dua dewan tersebut.

UMUM 
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYADEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYA, gabungan Dewan-dewan Perniagaan Melayu seluruh Malaya, ditubuhkan pada tahun 1956, bertujuan untuk memperjuangkan matlamat dan hak para peniaga Melayu di negara ini. Penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Malaya juga adalah selaras dengan perkembangan dunia perniagaan golongan bumiputera sendiri dan mereka menyedari keperluan sebuah dewan perniagaan bagi golongan bumiputera.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DEWAN PERTUANAN

Dewan Pertuanan ialah salah sebuah daripada

dua buah dewan Parlimen, iaitu badan penggubal

undang-undang di United Kingdom. Dewan yang

satu lagi ialah Dewan Rakyat, yang lebih berkuasa

daripada Dewan Pertuanan.

UMUM 
DEWAN PERNIAGAAN

Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli

peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya

dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan

ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan

negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan

perniagaan merupakan agensi rasmi, yang

ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala

dikenali sebagai lembaga perdagangan,

persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan.

International Chamber of Commerce mempunyai

ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di

seluruh dunia.

UMUM 
DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat ialah salah satu daripada dua

buah dewan Parlimen, iaitu badan penggubal

undang-undang di United Kingdom selain

Dewan Pertuanan

UMUM 
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan
DEWAN NEGARADEWAN NEGARA, majlis tetinggi atau juga dikenal sebagai senat yang berfungsi membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DEWAN SISWADEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang.SASTERAPenerbitan
DEWAN WESTMINSTER

Dewan Westminster ialah bangunan yang

bersambung dengan Bangunan Parlimen di

London. Pada asalnya, ia merupakan dewan besar

di Istana Westminster tempat selama hampir

500 tahun.

UMUM 
DEWAN UNDANGAN NEGERIDEWAN UNDANGAN NEGERI, majlis mesyuarat tertinggi pada peringkat negeri di Malaysia. Di sinilah cadangan rang undang-undang dibentangkan oleh kerajaan negeri dan kemudian dibincangkan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri secara terbuka. Perbincangan ini penting bagi melihat kepentingan rang undang-undang tersebut secara teliti sebelum diluluskan dengan sebulat suara. Rang undang-undang itu kemudian akan dikuatkuasakan sebagai undang-undang, jika tidak bersalahan dengan perlembagaan negara. Jika perlu mendapat persetujuan kerajaan pusat, rang undang-undang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Dewan Negara, Kabinet atau Yang di-Pertuan Agong untuk dibahaskan dan mendapat kelulusan sepenuhnya, sebelum dikuatkuasakan sebagai sebuah akta atau undang-undang.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas