Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wan] | ديوان

Definisi : /déwan/ 1 balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2 badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bicameraldwidewanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang mempunyai badan perundangan yang terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Atas dan Dewan Rendah. Sifat hubungan antara dewan ini berbeza mengikut sistem kerajaan yang diamalkan. Dalam konteks demokrasi berpresiden atau sistem federalisme, hubungan antara dewan ini setaraf tetapi dalam sistem demokrasi berparlimen hubungannya tidak setaraf. Idea dwidewan dalam amalan badan perundangan ini berkembang semenjak zaman Greek lampau dan kemudiannya diperkemas pada era pertengahan Eropah. Salah sebuah negara yang mempunyai badan perundangan dwidewan ialah Malaysia yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
DietDietSains PolitikPolitik PerbandinganBadan perundangan yang menggubal undang-undang, dasar dan belanjawan negara Jepun. Badan ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu Dewan Penasihat (Sangi-in) yang diklasifikasikan sebagai Dewan Atas dan Dewan Perwakilan (Shugi-in) dikenali juga sebagai Dewan Bawah. Dewan Penasihal terdiri daripada 252 ahli, 152 ahli dipilih dari 11 kawasan pengundian, sementara 100 ahli lagi dipilih melalui senarai tunggal kebangsaan. Keahlian Dewan Penasihat terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 30 tahun ke atas dan setiap ahlinya berkhidmat untuk tempoh enam tahun bagi satu penggal. Dewan Perwakilan pula terdiri daripada 480 ahli yang dipilih untuk tempoh empat tahun sekali, 180 ahli dipilih secara kaedah pemilihan berkadar dari 11 kawasan yang bersifat pelbagai keahlian, sementara 300 ahli dipilih melalui kaedah perwakilan tunggal dari satu kawasan. Keahlian Dewan Perwakilan terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 25 tahun ke atas. Secara hierarki, Dewan Perwakilan lebih berkuasa daripada Dewan Penasihat. Dalam badan perundangan ini, perdana menteri berkuasa membubarkan dewan-dewan ini pada bila-bila masa sahaja.
bicameraldwidewanSejarahTiadaSistem pemerintahan yang mempunyai dua dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam Parlimen Malaysia.
Congress (US)Kongres (AS)Sains PolitikPolitik PerbandinganBadan perundangan yang membincangkan dan menggubal undang-undang, dasar dan juga perbelanjaan negara Amerika Syarikat. Badan ini bersifat dwidewan yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat. Dewan Perwakilan terdiri daripada 435 ahli yang merupakan dewan rendah dan ahIinya dipilih setiap dua tahun sekali. Dewan Senat pula merupakan dewan atas yang terdiri daripada 100 orang ahli yang dipilih untuk tempoh selama 6 tahun. Ahli kedua-dua dewan ini digelar sebagai ahli Kongres. Namun, dari segi adat dan amalan di Amerika Syarikat hanya ahli dewan perwakilan yang biasa digelar sebagai ahli Kongres manakala ahli dewan senat digelar sebagai Senator.
bicameraldwidewanSains PolitikTiadaSistem pemerintahan yang mempunyai dua dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam Parlimen Malaysia.
bicameral legislatureperundangan dwidewanSains PolitikTiadaBadan legislatif yang terdiri daripada dua dewan, seperti Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Malaysia.
bicameral bodybadan dwidewanSains PolitikTiadaInstitusi pemerintahan seperti Parlimen Malaysia yang mempunyai dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
SenateDewan Senat;Dewan Negara (Malaysia)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
SenateDewan Senat;Dewan Negara (Malaysia)SejarahTiadaTiada
House of RepresentativesDewan Rakyat; Dewan PerwakilanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas