Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wa.sa] | ديواس

Definisi : (déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan penge­ta­hu­annya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka; mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; mendewasakan 1. menjadikan dewasa (ma­nusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. men­jadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pan­dangannya sambil ~ fikirannya; kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi men­capai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; pendewasaan 1. perihal atau proses men­dewasakan (membesarkan dsb), pem­besaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pe­nga­laman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti ke­pel­bagaian tema yg diterokai dan ke­pelbagaian aliran teknik dlm penulisannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wa.sa] | ديواس

Definisi : /déwasa/ 1 (pd) masa; (pd) ketika: Pakaian spt itu sudah tidak sesuai lagi ~ ini. 2 sudah cukup besarnya atau sudah berumur lebih drpd 21 tahun: orang ~ orang yg sudah berumur 21 tahun atau lebih. 3 (sudah) banyak pengalaman dan pengetahuan; sempurna fikiran; matang: Walaupun umurnya sudah tiga puluh tahun, tetapi dia masih belum ~. mendewasakan menjadikan dewasa. kedewasaan keadaan dewasa; kematangan (fikiran). pendewasaan perihal mendewasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewasa

Peribahasa

Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Bandingkan dengan: Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bulllembu jantan dewasa; kerbau jantan dewasaVeterinarTiadaTiada
adult resistanceketahanan dewasaBiologiPatologiKetahanan yang dikesan, atau ditunjukkan oleh perumah semasa peringkat dewasa. Ketahanan ini semakin nyata dengan meingkatnya umur perumah. Oleh yang demikian ada yang menyamakan dengan ketahanan lapangan kerana tanaman dewasa biasanya sudah dipindah ke lapangan. bd. ketahanan aktif.
adult educationpendidikan dewasaSosiologiTiadaPendidikan untuk orang dewasa yang biasanya lain daripada pendidikan formal.
adult guidancebimbingan dewasaSosiologiTiadaPengajaran dan panduan yang diberikan oleh golongan dewasa kepada kanak-kanak dalam usaha untuk mendidik mereka.
adult departmentbahagian dewasaPerpustakaanTiadaJabatan di perpustakaan yang memberi perkhidmatan kepada orang dewasa.
adult suffragehak undi dewasaSains PolitikPolitik PerbandinganHak mengundi yang diberikan kepada individu yang telah menjangkau umur tertentu seperti 18 tahun atau 21 tahun. Hak mengundi dewasa pada asalnya tidak wujud tetapi berkembang daripada tradisi demokrasi Athens sejak tahun 500 SM. Pada ketika itu, hanya golongan bangsawan yang memiliki hak mengundi namun selepas era revolusi perindustrian, hak ini lelah meluas ke segenap lapisan masyarakat. Di Malaysia, hak undi dewasa bermula apabila individu tersebut telah mencapai umur 21 tahun.
maturity onset diabetesdiabetes dewasaPerubatanTiadaSejenis diabetes melitus yang biasanya muncul pada orang dewasa yang melebihi umur 40 tahun. Walaupun berlaku kekurangan insulin, tetapi kuantitinya mencukupi untuk mengelak terjadinya ketoasidosis (kecuali dalam keadaan tekanan). Kawalan diet dan pengambilan agen hipoglisemia oral berkesan untuk mengawal keadaan.
adult service divisionbahagian perkhidmatan dewasaPerpustakaanTiadaBahagian yang memberi perkhidmatan secara berterusan kepada orang dewasa pada semua jenis perpustakaan berhubung dengan perkembangan pendidikan, rekreasi dan budaya.
agamontagamonBiologiGenetikBentuk dewasa diploid sesuatu prototista yang juga mempunyai fasa dewasa haploid dalam kitar hidupnya. Agamon menjalani meiosis dan menghasilkan agamet.
bulllembu jantan dewasaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada lembu. Umur lembu jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah dua tahun.
12345678910...

Kembali ke atas