Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewasa ini


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat pagi, Adakah ayat berikut betul? "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan sekali." Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah : "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan" ataupun "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap  membimbangkan sekali."   

Tatabahasa26.05.2010
Dewasa ini bunga telur telah mengalami perubahan iaitu dengan penggunaan kotak. Soalan saya, penjodoh bilangan yang biasa digunakan untuk bunga telur adalah 'secucuk' untuk satu manakala 'sepahar' dalam bilangan jamak, adakah penjodoh bilangan yang sama masih sesuai atau tidak?Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk fizikal sesuatu benda. Oleh itu, penjodoh bilangan boleh berubah mengikut bentuk baharu sesuatu benda seperti contoh yang saudara berikan.Tatabahasa04.04.2012
pengetahuan ilmu sains dan teknologi ICT sangat-sangat dituntut dalam membina negara bangsa dewasa ini. oleh itu bidang ilmu kesusasteraan wajar dikesampingkan.BahaskanPertanyaan saudara lebih berbentuk soalan esei. Saudara dinasihati membuat pembacaan,rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan di tempat saudara.Lain-lain25.07.2008
apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa melayu gagal berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dewasa ini.Bahasa Melayu atau bahasa apapun untuk berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi memerlukan azam politik, perancangan dan penguatkuasaan dalam menangani unsur-unsur yang merosakkan bahasa. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain15.08.2008
(a) Apakah golongan kata 'justeru'? (b) Bolehkah kata 'justeru' digunakan sebagai penanda wacana sebagai pengganti kepada 'oleh itu'? (c) Adakah penggunaan 'muthakir ini' bermakna 'dewasa ini'? (d) Adakah frasa 'faktor afdal' bermaksud 'faktor utama' atau 'faktor penting'? Sekian.

1. Justeru termasuk dalam golongan penanda wacana, dan justeru bermaksud kebetulan, tepat, malahan dan bahkan. Oleh itu penggunaan perkataan justeru perlu disesuaikan dengan makna tersebut.  

2. Mutakhir bermaksud  terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, dan kemas kini; manakala dewasa ini bermaksud pada masa ini atau pada ketika ini.  

3. Yang lazim digunakan ialah faktor utama atau faktor penting, sedangkan afdal bermaksud lebih utama atau terutama. Oleh itu, penggunaan faktor utama/faktor penting tidak boleh bertukar ganti dengan faktor afdal (jika ada penggunaannya).

Tatabahasa05.03.2010
Assalamualaikum, Saya ingin tentang penggunaan bahasa yang saya perhatikan agak kerap digunakan di dalam iklan dewasa ini. Kebanyakan iklan gemar gunakan istilah 'baharu' seperti yang terdapat di dalam iklan nescafe dan talian telefon swasta yang lain. Adakah penggunaan istilah 'baharu' ini betul? Bagaimana pula dengan istilah 'baru'? TERIMA KASIH!

Kata baharu betul dan kata baru juga betul. kedua-dua kata tersebut merupakan variasi dan boleh digunakan.

Istilah17.12.2008
saya ingin bertanya tentang perkataan study (belajar) yang dimelayukan adakah studi. perkataan ini saya tonton di saluran astro tutor untuk peperiksaan -- program misi studi upsr, spm, PT3. dewasa ini banyak kekeliruan bahasa berlaku. dah jadi macam indonesia

Perkataan studi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Kami ambil maklum pandangan puan terhadap kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dan bersama-samalah kita berusaha mempopularkan kata asli Melayu yang telah mengungkapkan makna yang terkandung dalam perkataan tersebut.

Tatabahasa30.06.2019
1. Apakah perbezaan antara baru dan baharu? 2. Yang manakah ejaan yang betul, samada sedasawarsa atau sedasawasa yang bermaksud dewasa ini? Terima kasih.Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. Ejaan yang betul ialah sedasawarsa yang bermaksud dekad.Tatabahasa14.06.2009
Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang.Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih.Lain-lain20.12.2016
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Tatabahasa06.02.2009
12345

Kembali ke atas