Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di atas 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan format baru upsr: Nyatakan Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas. 1)Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas adalah seperti anjing dengan kucing.2) Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah seperti anjing dengan kucing. Ayat pertama atau kedua betul? Tolong berikan penjelasan, terima kasihPeribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas adalah seperti anjing dengan kucing.
Tatabahasa08.03.2017
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurusAyat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus".Tatabahasa21.06.2011
Tuan, frasa yang menakah betul? Frasa: 1. (a) Merujuk perkara di atas 1. (b) Merujuk kepada perkara di atas. Antara ayat 2. (a) dan 2. (b), yang manakah betul? Ayat: 2. (a) Kata nama am merujuk kepada benda, orang atau konsep yg umum. 2. (b) Kata nama am merujuk benda, orang atau konsep yang umum. Persamaan yang terdapat dalam kedua-dua soalan, iaitu yang terdapat dalam frasa dan ayat yang diberikan ialah adakah kata "merujuk" perlu diikut oleh kata sendi nama "kepada" dan diikuti lagi oleh objek frasa nama seperti "perkara di atas", atau diikut terus oleh objek? Saya berpendapat, dalam frasa "merujuk kepada perkara di atas", kata sendi nama "kepada" ialah unsur sisipan yang berada di antara kata kerja transitif "merujuk" dengan objek frasa nama "perkara di atas". Unsur sisipan tidak dibenarkan terletak di antara kata kerja transitif dengan objek frasa nama, jadi patut digugurkan. Apakah pendapat tuan tentang hal ini? Apakah pandangan pula kumpulan penulis Tatabahasa Dewan tentang perkara ini?Menurut buku Tatabahasa Dewan, selepas perkataan merujuk tidak perlu diikuti dengan kata sendi seperti "kepada" atau sebagainya.Tatabahasa13.01.2015
1.Buku di atas meja. 2.Buku itu di atas meja . 3.Buku ada di atas meja. Adakah ayat-ayat di atas betul?1.Buku di atas meja.
2.Buku itu di atas meja .
3.Buku ada di atas meja.

Ketiga-tiga ayat tersebut tidak terdapat kesalahan dan boleh digunakan.
Tatabahasa25.08.2017
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan ayat-ayat berikut adalah betul atau tidak. 1.Piala itu di atas meja. 2.Beg tangan itu di atas tangga. 3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 4.Rumahnya di atas bukit. 5.Dia bertanggungjawab di atas segala kekejaman itu. 6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. 8.Dia bercacah di bahagian lengan.  9.Dia duduk di dalam kereta. 10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. 11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di peringkat antarabangsa. 12.Dia masih berasa marah,enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. 14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. Terima kasih.

Jawapan:

1.Piala itu di atas meja. - betul
2.Beg tangan itu di atas tangga. - betul
3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
4.Rumahnya di atas bukit. - betul
5.Dia bertanggungjawab di atas (atas) segala kekejaman itu. - salah. 
6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. - betul
8.Dia bercacah di bahagian lengan. - betul 
9.Dia duduk di dalam kereta. - betul
10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. - betul
11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di (pada) peringkat antarabangsa. - salah 
12.Dia masih berasa marah, enggan berjumpa dengan sesiapa pun. – salah. Ayat tersebut tidak gramatis.
13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. - betul
14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. - betul

Tatabahasa16.11.2015
Adakah ayat berikut betul? 1. Di atas meja ada buku.Ayat Di atas meja ada buku adalah betul. Ayat lain yang sesuai ialah Buku ada di atas meja.Tatabahasa04.10.2017
1. Saya merujuk perkara di atas atau Saya merujuki perkara di atas. apabila dipasifkan akan menjadi Perkara di atas saya rujuk atau Perkara di atas saya rujuki.Perkataan merujuk sama maksudnya dengan merujuki, jika aktifnya perkataan merujuk, pasifnya dirujuk; manakala jika aktifnya merujuki, maka pasifnya dirujuki.Tatabahasa15.11.2014
1) Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya. 2) Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk Ayat manakah yang betul di atas? Mohon nasihat ciri-ciri ayat yang betul. Terima kasih

Puan Haslina, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Jawapan yang betul ialah Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Terima kasih.

Tatabahasa06.07.2009
di atas / diatas Yang manakah penggunaan yang betul. Bersambung atau tidak bersambung? Contoh; Terima kasih di atas / diatas sumbangan saudara. Yang mana satu adalah betul.?

Salam sejahtera,

1. di atas

2. Terima kasih di atas sumbangan saudara" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sumbangan saudara"

Tatabahasa13.11.2012
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih.Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba.Ejaan11.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas